Aisar Khaled, Influencer Paling Kencing Malaysia. Adakah Semua Influencer Perangai Buruk Macam Ni?

GAYA HIDUP
December 21, 2023 - 04:00 PM


Seorang individu di Facebook semalam menarik perhatian warganet, termasuk di Twitter, apabila mendedahkan modus operandi yang digunakan oleh kebanyakan TikTokers. Dalam perkongsian tersebut, individu tersebut menggunakan Aisar Khaled, seorang trader yang dikenali ramai di TikTok.

Dia menyatakan bahawa Aisar memiliki taktik ‘memancing’ pengikutnya, kebanyakan dari kalangan golongan anak muda dan Melayu, dengan janji memberikan hadiah istimewa seperti motor, kereta, atau wang tunai.

Pendapat tambahan menyatakan bahawa banyak orang telah tertipu dengan video dan kandungan yang dimuat naik oleh Aisar sebelum ini. Pemuda itu didakwa sering menipu pengikutnya dalam situasi-situasi tertentu.

Walaupun hantaran asal yang dimuat naik oleh individu itu telah dipadam oleh pihak Facebook disebabkan laporan yang didakwa datang dari staf Aisar Khaled, namun individu tersebut tidak berputus asa. Beliau tetap memuat naik hantaran baru dan mengajak orang ramai untuk membuat laporan ‘fraud/scam’ ke atas video Aisar di TikTok.