Ancaman Berpakaian Syuhrah - Pakaian Untuk Tampil Berbeza Atau Mencari Populariti

GAYA HIDUP
July 24, 2023 - 04:31 PM


Baru-baru ini berlangsungnya anugerah yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk melihat artis kegemaran mereka mendapat trofi berprestij tersebut. Anugerah yang diadakan setiap tahun itu semestinya menjadi 'runway' kepada para selebriti untuk memperagakan pakaian terbaik mereka.

Namun pakaian yang diperagakan oleh seorang artis ini sentiasa menjadi topik utama dalam mana-mana event dan rancangan televisyen. Dia yang sering dilihat memakai pakaian yang 'gergasi' dan besar menarik perhatian orang ramai dan media yang hadir.

Dahulunya dia diboikot segelintir penonton di sebuah program televisyen kerana menghalang pemandangan mereka di belakangnya. Kini beliau muncul lagi sekali dengan memakai kot merah yang besar.

Menonjol Yang Mencuri Tumpuan

@drkamilinjamilin 🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian "Syuhrah" (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi ♬ original sound - Dr. Kamilin Jamilin

Seorang content creator, Dr. Kamilin Jamilin di TikTok memberi penjelasan dan teguran kepada sesiapa yang memperaga pakaian dengan gaya yang berlebih-lebihan. Beliau yang tampil memberi teguran secara umum itu tidak hanya mengajukan hal tersebut kepada artis berikut, namun menegur semua orang Islam.

Sabda Rasulullah dari Abdullah bin Umar R.A yang bermaksud, “Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka” (HR Ibnu Majah : 2922)

Asy-Syaukani dalam Nail Al-Authar mengatakan bahawa yang dimaksud syuhrah adalah menampakkan sesuatu. Yang dimaksudkan adalah pakaiannya tampil berbeza dari lainnya, dilihat dari sisi warna misalnya. Akhirnya orang lain tertarik melihat tampilannya yang berberbeza dari lainnya. Yang berpenampilan syuhrah akhirnya berjalan di hadapan yang lain dengan menimbulkan takjub dan kesombongan.

Menurut Dr Kamilin, Islam melarang perbuatan sebegini walaupun tidak mendedahkan mana-mana aurat kerana ia termasuk dalam 'Libas al-syuhrah' iaitu pakaian pelik yang mengundang perhatian. Pakaian sebegini semestinya melibatkan pembaziran dan akan timbul sifat riak.

Islam sangat melindungi umatnya dari bersifat riak dan elak merasakan diri sangat hebat dan unik berbanding orang lain. Sifat-sifat yang begini boleh menghalang kita daripada memasuki syurga dan balasan di akhirat sangat berat.

Di akhir video beliau menyeru semoga mereka yang terlibat dalam bidang industri hiburan dan peragaan agar dijauhkan dari reka bentuk pakaian yang mengundang ke arah pakaian syuhrah tersebut.

Sesiapa pun kita atau di mana kita berada harus mengikut dress code pakaian majlis tersebut dan tidak berlebih-lebihan walaupun ditaja, ya. Bersederhana-lah dalam segala hal dan tidak timbul pembaziran.

Beli pakaian mahal-mahal tapi pakai-nya sekali. Tidak ke itu satu pembaziran. Takkan nak pakai pergi mandi pantai pula, kan?