Anda Penguna Windows? Jangan Bergantung Pada Build-In Antivirus!

GAYA HIDUP
December 18, 2017 - 02:27 PM


Jika anda pengguna Windows terutamanya Windows 10, anda dinasihatkan jangan bergantung kepada perisian yang telah tersedia dalam komputer riba mahupun desktop anda!

Walaupun Microsoft telah memasukan program antivirus percuma ke dalam sistem pengendaliannya. Komponen anti-malware yang dibangunkan windows untuk menyediakan pelindungan secara berterusan dan real-time ini ada kekurangannya. 

Menurut ujian yang dijalankan oleh PC Magazin di Jerman, mereka mendapati walaupun Windows Defender yang disediakan oleh syarikat berkenaan mendapat rating yang memuaskan, namun didapati ianya tidak efektif seperti beberapa perisian berbayar yang tersedia di pasaran.

Ini menyebabkan PC anda itu sebenarnya terdedah dengan ancaman virus sekiranya anda hanya bergantung kepada defender yang disediakan oleh Windows tanpa memasang program antivirus tambahan.

Sebenarnya terdapat banyak program antivirus yang berbayar mahupun yang boleh dimuat turun secara percuma seperti Avast, AVG dan lain-lain. Tetapi jika anda guna yang berbayar punya, mestilah perlindungan itu diberikan secara menyeluruh dan lebih banyak fungsi.

Antara program yang terdapat di pasaran... 

Jika anda masih terfikir-fikir nak dapatkan antivirus yang mana, dalam ujian yang sama mereka dapati program terbaik adalah Bitdefender dan Kaspersky jadi pilihlah antara dua ini.

 

Sumber : The Star Online