Anda Wanita? Jangan Buat 5 Perkara Ini Kepada Lelaki

GAYA HIDUP
August 24, 2017 - 05:13 PM


Pastinya seorang lelaki itu menginginkan pasangan wanita yang cukup sempurna dimatanya. Wanita yang mempunyai perwatakan lemah-lembut dan pandai berdikari antara ciri yang sentiasa diburu oleh lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Namun begitu, ada segelintir ciri-ciri dan perkara tentang wanita yang boleh menjengkelkan lelaki itu. Entri kali ini berkongsikan 5 perkara tentang wanita yang tidak disukai oleh kaum lelaki.

1. TIDAK HORMAT ORANG TUA

Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua.Kalau anda bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika anda bukan calon pilihan jadi isteri dia. Takut nanti ibubapanya diperlakukan seperti itu juga.

2. GEDIK

Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang

3. QUEEN CONTROL

Lalaki kurang gemar perempuan yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin sidia nampak turut sahaja arahan kamu, berhati-hati kerena sampai satu tahap diamungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa di dalam suatu perhubungan.

4. PISAU CUKUR

Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

5. MAIN KAYU TIGA

Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga?Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga.Tapi bukan untuk lelakiya.Sekali kamu di tangka pcurang, maka tiada maaf bagimu.