Apa Perlu Dibuat Jika Tercekik atau Terlekat Tulang Ikan! Jom Baca
GAYA HIDUPRasanya semua orang pernah mengalami situasi ini kan? Samaada teruk atau tidak kami pasti ramai yang sudah terkena. Kadang-kadang bila ianya sukar dikeluarkan mungkin mejadikan kita bimbang, mana tahu keadaan boleh jadi makin teruk lalu ramai yang mengambil keputusan untuk keluarkan sendiri dengan jari. Nooooo jangan buat macam tu sebab ianya boleh memberi kesan yang lebih teruk nanti.
Jadi apa kena buat kalau terasa ada tulang terlekat?
Ini adalah perkongsian dari Dr Mohd Shaiful Nizam yang merupakan Dr Telinga, Hidung dan Tekak.
1) JANGAN PANIK
Kes terlekat tulang ikan sangat normal dijumpai. Makanya tidak perlu malu untuk datang berjumpa Doktor bagi mendapatkan rawatan terperinci. (Bukan gelojoh, dah benda nak jadi, nak buat macam mana)
2) GEJALA YANG DIRASAI
Terasa mencucuk-cucuk seperti jarum setiap kali menelan ( hampir pasti tulang tersangkut). Sakit atau susah hendak menelan, hatta kepada air liur sendiri. Bengkak leher diikuti demam yang tinggi ( jika sudah teruk dan kemungkinan ada komplikasi).
Baca Juga: Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Akibat Bakteria Dan Sistem Antibodi Lemah
3) RAWATAN
Segera ke Hospital terdekat. Jika tulang itu hanya tersangkut di kawasan tonsil dan nampak, kebiasaanya dapat dikeluarkan oleh Doktor tanpa perlu rujukan ke Hospital Pakar ENT. Jika tidak nampak, anda akan dirujuk kepada Hosp Pakar ENT.
4) RAWATAN PAKAR
Kebiasaanya Xray tekak & pemeriksaan laryngoskopi akan dibuat. Proses mengeluarkan tulang biasanya dilakukan di klinik sahaja jika nampak. Andai tidak juga nampak, tapi masih ada gejalanya, anda akan diaturkan untuk ke dewan bedah untuk ujian esophagoskopi.
5) PETUA
Andai kesemua petua sudah dilakukan (kepal nasi, makan pisang, campur garam dll) tetapi masih ada gejala, SEGERA ke HOSPITAL.!! JANGAN sesekali gunakan JARI anda untuk KOREK tulang kerana berisiko untuk tambah kecederaan & tulang tertanam ke dalam tisu tekak.
5) KOMPLIKASI
Andai dibiarkan sakit berpanjangan,komplikasi teruk ialah Jangkitan kuman seterusnya menyebabkan Nanah di kawasan farinks menyebabkan pembengkakan saluran pernafasan. (Retropharyngeal abscess). Ada juga kes dimana tulang itu akan migrate ke tempat lain.
6) DOA
Kita sihat dan sakit adalah ketentuan Allah. Maka sentiasalah berdoa agar diberi kesihatan yang baik.
*****
Dah tahu dah nak buat apa? haa jangan di buat perkara yang boleh memudaratkan macam jolok dengan jari tu. Takut makin teruk!