Aplikasi Buku Teks Digital, Ciptaan Genius Pelajar Dari Sarawak.

GAYA HIDUP
October 23, 2017 - 01:38 PM


Isu bebanan beg sekolah bukan lagi asing kepada pelajar sekolah di Malaysia. Mula sahaja sesi persekolahan, maka kita akan Nampak banyak posting di media sosial yang bercerita tentang beg sekolah anak masing-masing. Tidak cukup dengan buku teks, mereka kemudiannya diminta bawa buku tulis, buku latihan dan sebagainya.

Bukan nak menunding jari menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sudah tiba waktunya kita mencari alternatif kepada masalah ini dan Ahmad Zulfadzli, seorang pelajar tingkatan 1 dari Sarawak mungkin boleh membantu dalam menyelesaikan perkara ini.

Hanya mengambil masa 2 minggu dibawah tunjuk ajar Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) di Borneo744 Bintawa, Zulfadzli berjaya mencipta satu aplikasi buku teks digital. Tujuan utamanya, sudah tentu untuk mengurangkan penggunaan buku teks fizikal.

Idea yang datang kepadanya untuk membina aplikasi ini adalah daripada pengalamannya sendiri yang berasa mengantuk dan cepat bosan ketika membaca buku teks.

Dengan aplikasi ini, para guru tidak perlu lagi risau tentang pelajar yang kerap tidak membawa buku teks ke sekolah atau tentang pelajar yang tidak mendapat buku teks kerana tidak cukup.

Aplikasi ini juga mudah digunakan oleh semua peringkat sekolah termasuklah universiti.

Ciptaan Zulfadzli ini sebenarnya telah berjaya memenangi kategori Junior dalam Hack Weekend KCH iaitu acara yang diadakan sempena Forum Tegas di Borneo Convention Centre.

Menurut beliau, aplikasi ini setakat ini mempunyai subjek Bahasa Melaysia, English, Matematik dan Sains. Namun, pelbagai subjek lagi boleh ditambah kemudian.

Harapnya, pihak yang berkenaan amik peluang dan bekerjasama dengan Zulfadzli untuk meralisasikan impiannya. Lepas ni, tak perlulah usung beg yang berat dengan buku teks ke sekolah kan?

Dan harap jugak, kalaulah berhasil nanti, jangan ada pelajar yang salah guna telefon pulak semasa proses pembelajaran.

 

Sumber | The Star