Avengers: Endgame Pintas Kedudukan Titanic, 7 Lagi Filem Marvel Bakal Tayang

GAYA HIDUP
May 12, 2019 - 02:24 PM


Sejak naskhah Avengers: Endgame ditayangkan serentak pada hujung April lalu, ternyata filem terbitan Marvel itu berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Terkini, carta pecah panggung menyaksikan Endgame berada di tangga kedua dengan catatan RM9.749 bilion, sekali gus mengatasi filem Titanic terbitan 1997 yang mengutip hasil jualan tiket berjumlah RM9.096 bilion.

Namun, Endgame yang baru tiga minggu ditayangkan dijangka berpotensi besar merampas takhta milik filem Avatar selaku naskhah paling laris 2009 yang mencatat perolehan sebanyak RM11.645 bilion.

Biarpun merupakan siri terakhir Avengers, bagaimanapun produksi Marvel memiliki tujuh lagi filem aksi adiwira yang bakal menjengah pawagam selepas ini.

#1. SPIDERMAN FAR FROM HOME

Watak terkini Spiderman lakonan Tom Holland ini dikatakan akan menyusul dalam masa terdekat iaitu sekitar Julai 2019.

Berdasarkan khabar angin, Spiderman akan meneruskan misi Iron Man yang telah diamanahkan kepadanya.

#2. BLACK WIDOW

Filem adiwira wanita ini masih lagi mengekalkan Scarlett Johansson selaku pendukung utama.

Pembikinan Black Widow juga sudah selesai dan dikhabarkan, Marvel bakal umumkan tarikh tayangan pada tahun hadapan.

#3. THE ETERNALS

Judul filem terbaharu Marvel yang diarahkan oleh Chle Zhao ini menampilkan sekumpulan adiwira kosmik.

Menariknya, filem ini dipercayai bakal dibarisi pelakon terkenal dan hebat dunia seperti Angelina Jolie, Keanu Reeves serta Kumail Najaini.

#4. BLACK PANTHER 2

Ura-ura awal mengatakan bahawa filem sekuel ini bakal ditayangkan pada 2021.

Namun sehingga saat ini, belum ada perkembangan terkini diumumkan secara rasmi oleh pihak produksi yang menerbitkannya.

#5. DOCTOR STRANGE 2 

Sebuah lagi filem sekuel turut dijadualkan menemui pengikut setia Marvel biarpun tarikh tayangannya tidak diketahui.

#6. SHANG-CHI

Julung kali, filem Shang-Chi akan mengetengahkan adiwira berasal dari Asia dan diilhamkan daripada komik Marvel berjudul Master of Kung Fu.

Berkemungkinan, individu yang akan duduk di bangku pengarah adalah Dastin Daniel Cretton, manakala dua bintang Asia iaitu Henry Golding dan Iko Uwais disebut-sebut sebagai peneraju naskhah ini.

Difahamkan, Dr. Strange bakal menggantikan peranan adiwira kesayangan ramai iaitu Iron Man selaku ketua.

#7. GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.3

Filem ketiga Guardian Galaxy ini akan menyaksikan sentuhan magis daripada pengarah berbeza iaitu James Gunn.

Sama seperti Doctor Strange 2 dan Shang-Chi, karya ini tidak diketahui statusnya secara terperinci termasuk tarikh tayangan

Desas-desus memberitahu, filem ini adalah kesinambungan plot Guardians of The Galaxy Vol.2.