Bahaya Guna ‘Tester’ Gincu Di Kedai Kosmetik!

TERKINI
November 03, 2017 - 11:33 AM


Sebagai seorang wanita, anda mesti sering mengunjungi kedai kosmetik seperti Sephora, Face Shop dan lain-lain kan? Kebiasaan di kedai kosmetik ini, mereka akan sediakan set ‘tester’ betul tak? Anda pun bila nak beli, atau taknak beli pun akan cuba terser yang tersedia. 

Tapi pernah tak anda terfikir yang tester – teter yang disediakan itu bebas dari sebarang kotoran atau bakteria. Tester yang kami maksudkan disini ialah tester yang anda boleh terus pakai macam gincu, mascara, make up dan sebagainya.

Cuba anda fikir, sebelum anda, mesti dah berpuluh orang cuba benda yang sama dan kita tak tahu later belakang orang sebelum tu macam mana kan.

Sebuah portal disini telah memdedahkan bahawa kira-kira 2 tahun yang lalu, seorang wanita di California telah memfailkan saman terhadap Sephora kerana sampel tester di premis tersohor berkenaan telah mengakibatkan dirinya menghidap herpes! 

Virus yang boleh dikategori sebagai virus kuman ini boleh berjangkit melalui ciuman dengan penghidap herpes.  Menurut wanita berkenaan, selepas pemeriksaan, beliau didapati tidak pernah menghidap herpes sebelum dia melawat Sephora.

Namun selepas mencuba sampel yang tersedia di premis berkenaan, beliau mengalami keradangan di bahagian bibir.

Jadi, anda yang nak mencuba sesuatu di premis kosmetik selepas ini diminta lebih berhati-hati. Ini kerana kebanyakan kedai ada mengingatkan pelanggan tentang faktor kebersihan ini. Malah mereka tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelanggan mereka.

Jika anda tidak pasti, minta bantuan promoter yang ada di premis-premis kecantikan ini ye, dan sentiasalah berhati-hati dalam memilih produk atau mencubanya di kedai. Lagi-lagi yang jenis boleh meresap ke kulit.

Selepas ini, tolonglah lap dulu gincu yang anda nak cuba itu ye...Tak pun, mintak promoter tu bersihkan dulu kalau anda takut rosakkan gincu ke make up yang nak dicuba..

Lebih baik mencegah daripada mengubati, betul tak?