"Bainun 2.0"! Tergamak Seorang Wanita Memukul Anak Kecil Dengan Batang Penyapu!

GAYA HIDUP
July 22, 2022 - 11:52 AM


Viral, satu video TikTok yang agak mengejutkan. Klip video tersebut memaparkan seorang wanita sanggup memukul seorang anak kecil yang kelihatan sedang makan dalam ketakutan.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound - AQIEL

Video tersebut ternyata membuat netizen berang dan marah. Wanita itu sebelum ini pernah berkongsi video di TikTok yang menunjukkan beliau meluangkan masa bersama anak kecil tersebut. Ternyata semua itu lakonan sahaja. Maklumat awal mengatakan anak kecil itu merupakan anak angkatnya.

Lebih mengejutkan, video susulan dari theaqil7 menunjukkan keadaan semasa anak kecil tersebut. Jelas terdapat beberapa kesan pukulan seperti bengkak di beberapa anggota badan dan juga muka.

@theaqil7 Replying to @mmuizzuddin._ #justiceforalia ♬ original sound - AQIEL

Difahamkan kejadian ini telah berlaku di Eco Majestic Semenyih. Anak kecil itu telah diselamatkan oleh pihak polis manakala wanita tersebut telah ditahan. Walau bagaimanapun, orang ramai berharap agar kes ini tidak dilepas pandang dalam memastikan situasi seakan Bella tidak lagi berulang.

Destination: