Banjir di KL: Bagaimana Cara Terowong SMART Berfungsi Ketika Banjir

GAYA HIDUP
December 19, 2021 - 07:13 PM


Beberapa kawasan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur mula ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam yang lalu.

Antara kawasan yang ditenggelami air adalah sekitar Jalan Sultan Ismail berdekatan persimpangan Hotel Renaissance.

Menerusi kamera pemantauan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat kenderaan yang tersangkut dan tidak dapat melalui persimpangan tersebut.

Di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Kinabalu, air Sungai Gombak dan Sungai Klang juga menunjukkan peningkatan dan hampir melimpah ke jalan utama.

Selain itu, Jalan Raja di hadapan Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka turut ditenggelami air.

Banjir di KL: Bagaimana Cara Terowong SMART Berfungsi Ketika Banjir

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel; kependekannya: SMART) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol yang dikenakan adalah sebanyak RM3,00.

KL Banjir - Apa Peranan Smart Tunnel?

 

Ada yg bertanya, dah ada Smart Tunnel mengapa KL banjir lagi?

Smart Tunnel tak mampu utk menampung air yg mengalir di permukaan tanah, jalanraya maupun dari Sungai Klang kerana taburan hujan yg amat tinggi pada hari ini.

Ini disebabkan air bukan saja dari Bandaraya Kuala Lumpur bahkan dari hulu Sungai Gombak yg bertemu dgn Sungai Klang di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Smart Tunnel hanya dapat mengambil sebahagian drp air ini sahaja melalui kolam tadahan Kampung Berembang, dekat Ampang yg kemudiannya disalurkan ke Sungai Kerayong, dekat Taman Desa atau Salak Selatan.

Smart Tunnel sebenarnya adalah terowong terpanjang di Asia Tenggara dan yg kedua terpanjang di Asia. Panjangnya ialah 9.7 km.

Mula dibina di tahun 2003 dan mula beroperasi di tahun 2007.

Pembinaan Smart Tunnel mempunyai dua tujuan iaitu utk keperluan traffik dan saluran air.

Terdapat dua lapisan utk traffik bagi kedua-dua arah dan lapisan ketiga di bawah sekali utk mengalirkan air banjir.

Smart Tunnel dioperasikan mengikut tiga mode :

Mode pertama :

Apabila waktu tiada hujan lebat ianya digunakan sebagai laluan traffik terutamanya bagi mengelakkan kesesasakan di Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew Flyover serta sekitar Jalan Tun Razak.

Mode kedua :

Jika hujan lebat yg sederhana operasi Smart Tunnel utk traffik masih diteruskan. Manakaka air limpahan di Bandaraya Kuala Lumpur disalurkan di saluran ketiga (bawah sekali) utk disalurkan ke kolam tadahan terlebih dahulu sebelum dialir ke Sungai Kerayong.

Mode ketiga :

Apabila hujan lebat dgn membawa banjir besar, Smart Tunnel ditutup kpd laluan traffik. Pintu air akn dibuka utk air memasuki saluran traffik. Bermakna ketiga-tiga lapisan terowong digunakan utk mengalirkan air.

Dalam kejadian hujan lebat petang tadi memang Smart Tunnel tidak mampu utk menampung kesemua air yg mengalir di permukaan dan Sungai Klang.

Mengikut laporan, Smart Tunnel mula ditutup pada pukul 4 petang tadi. Ada yg mengatakan jikalau lbh awal Smart Tunnel ditutup mungkin banjir tak seteruk ini.

Sebenarnya pengurusan Smart Tunnel pun dah ada S. O. P tertentu utk menentukan bila masa yg sesuai utk membuka mode ke 3.

Walaupun hujan lebat dah bermula dari pukul 2 petang, tetapi Smart Tunnel juga harus memainkan peranan hakiki iaitu sebagai penyurai traffik.

Ketika itu jalan-jalan di KL sesak dgn kenderaan dan salah satu laluan utama utk nenyuraikan traffik keluar dari bandaraya ialah dgn Smart Tunnel. Sbb itulah ia memerlukan masa sehingga pukul 4 petang barulah ditutup.

Kita hanya mampu utk merancang tetapi kuasa alam sukar utk diatasi oleh manusia terutamanya apabila hutan digondol dan tanah diturapi dgn jalanraya serta bangunan konkrit.

Maka "air pernukaan" tidak berupaya utk menyerap ke dalam bumi. Tambahan pula kedalaman sungai semakin cetek disebabkan kelodak dan pasir dari hulu hanyut ke hilir atas nama pembangunan.

Kredit : FB Megat Hisemudin Megat Kasim 

5 juta meter padu air berjaya dilencongkan Smart Tunnel semalam

Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.

Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam.

Destination: