Hanya Guna Plastik Kanvas & Batu-Bata, Pengguna FB Ini Kongsi Tips Mudah Cegah Air Banjir Masuk Rumah!

GAYA HIDUP
December 20, 2021 - 12:42 PM


Beberapa hari ini negara kita dilanda dengan kejadian hujan lebat dan banjir besar yang hampir menenggelamkan kebanyakkan tempat terutama di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan beberapa lainnya.

Ramai mangsa yang terjejas teruk apabila kehilangan rumah, kenderaan, barangan peribadi dan sumber makanan serta minuman.

Tidak dinafikan ketika bencana alam melanda seperti ini, ramai rakyat Malaysia yang saling menghulurkan bantuan dan tenaga dalam membantu mangsa banjir. 

Namun tidak kurang juga ada netizen yang turut tampil dengan perkongsian tips atau langkah berjaga-jaga yang boleh diamalkan oleh mangsa banjir atau mereka yang duduk di kawasan berpotensi banjir bagi mengurangkan kesan air banjir memasuki rumah.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Radzi Ghani ini berkongsi tips berguna untuk diamalkan kepada kita semua dalam menghadapi suasana banjir dengan cara membuat benteng di sekitar rumah daripada batu-bata.

Berikut antara perkongsian tips beliau :-

PERALATAN ASAS PERLU ADA

1. Plastik (paling best plastik biru yang dijual di kedai hardware sebab tebal & murah)

2. Batu-bata (ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)

3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)

4. Pump Air (tujuannya untuk sedut air jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi di ruangan bilik air)

- Submersible water pump ini berharga sekitar RM150 ke bawah. Jika ada sangat bagus. Sebaiknya standby satu jika rumah anda memang berpotensi banjir setiap kali hujan lebat berlaku.

Menurut Radzi, dengan membuat balutan batu-bata sebagai benteng pertahanan air ia berkesan sebanyak 90 peratus daripada menyekat air masuk serta mampu mengurangkan risiko kemusnahan terhadap harta benda.

Malah dengan cara ini anda juga tidak akan terlalu penat untuk mengemas rumah selepas banjir surut.

Bagaimanapun benteng ini hanya sesuai bagi menghadapi banjir pada paras ketinggian antara 1 hingga 2 kaki sahaja.

Selebihnya jika terlalu tinggi paras air anda dinasihatkan untuk berpindah ke tempat tinggi atau lokasi yang lebih selamat.

Jika rumah anda dimasuki air sekalipun, jangan terlalu susah hati kerana selepas air surut anda boleh membuat tuntutan banjir dengan menghubungi syarikat takaful atau insurans rumah anda (bagi mereka yang ada mengambil perlindungan banjir).

Syarikat insurans akan menghantar adjuster inspect rumah anda dan dalam tempoh 2 minggu pampasan akan dibayar ke dalam akaun bank anda serta dapatlah digunakan bagi membaik pulih kerosakan yang dialami.

Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir di seluruh negara.

Sumber: FB Radzi Ghani

Destination: