Banyak Sangat Permainan Pun Tak Elok Untuk Kanak-Kanak!

GAYA HIDUP
December 20, 2017 - 05:00 PM


Kajian terbaru dilakukan oleh penyelidik di Ohio mendapati kanak-kanak yang mempunyai banyak permainan akan mudah hilang tumpuan dan tidak mendapat masa bermain yang berkualiti.

Seperti apa yang ditakuti oleh para ibu bapa, jika anak-anak diberikan terlalu banyak permainan, mereka akan menjadi kurang kreatif selain menjadikan mereka cepat bosan dan sering bertukar permainan kerana terlalu banyak pilihan.

Kajian yang dilakukan keatas 36 orang kanak-kanak dalam jangka masa 30 minit ini mendapati kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif dan akan bermain sepenuh hati sekiranya jumlah permainan yang mereka ada hanya sedikit.

Apa yang terjadi adalah, kanak-kanak ini akan berfikir pelbagai cara untuk mereka bermain jika ada permainan yang terhad.

Kajian ini juga mengalakkan ibu-bapa supaya menyimpan segala permainan yang ada dirumah dan hanya mengeluarkan bilangan yang sedikit. Permainan ini kemudian diganti dengan permainan lain dalam simpanan supaya mengalakkan kanak-kanak menjadi lebih kreatif.

 

Sumber : Irish Indipendent