"Baru Senang Nak Keluar Undi!"- Selangor Isytihar Cuti Umum Jumaat Depan

GAYA HIDUP
November 09, 2022 - 04:53 PM


Kerajaan negeri telah setuju mengisytiharkan 18 November depan sebagai cuti umum di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cuti umum itu melibatkan sektor kerajaan dan swasta adalah sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberikan kemudahan orang ramai untuk mengundi.

Katanya, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di Malaysia iaitu seramai 3.67 juta selain terdapat juga mereka yang bekerja dan bermastautin di negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman mereka.

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).

“Pewartaan mengenainya akan dibuat pada Rabu depan selepas kita meluluskan dari segi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sumber: Kosmo

Destination: