Berita Baik Untuk 'TikTokers'! Sekarang Boleh Up Video Sampai 3 Minit

GAYA HIDUP
July 02, 2021 - 03:47 PM


Ini berita baik buat anda yang bergelar "TikTokers"!

Jika sebelum ini had durasi video TikTok yang dibenarkan hanya 1 minit atau 60 saat -- namun bermula 1 Julai pengguna media sosial tersebut boleh memuat naik video sehingga 3 minit iaitu 3 kali lebih panjang berbanding sebelumnya.

Pembaharuan tersebut dilakukan bertujuan untuk mendahului pesaing-pesaingnya memandangkan TikTok kini dipercayai telah mempunyai 1 bilion pengguna dari seluruh dunia dan sangat popular khususnya dalam kalangan anak muda yang majoriti menggunakan telefon pintar.

Menurut Pengurus Produk TikTok, Drew Kirchhoff -- dengan durasi video yang lebih panjang kini pengguna TikTok boleh menghasilkan video menarik dengan pilihan kandungan yang kreatif untuk pengikut mereka.

Pilihan untuk memuat naik video lebih lama itu akan dibuka kepada semua pengguna TikTok secara berperingkat sepanjang tempoh beberapa minggu akan datang, meskipun sudah ada pengguna di beberapa negara telah mempunyai akses untuk menonton video yang lebih panjang di TikTok.

Sumber: Channel News Asia

Destination: