Betul Ke Wanita Lebih Tertarik Kepada Lelaki Botak?

GAYA HIDUP
October 26, 2017 - 03:30 PM


Jika anda dikalangan lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut, jangan bimbang ye. Menurut kajian, wanita berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak maskulin. Bukan rekaan semata-mata tetapi kajian juga mendedahkan lelaki botak lebih menarik dari mereka yang berambut lebat!

 

Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah dengan suami botak. Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan. Mesti ramai yang tidak percaya. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.

 

 

Manakala berdasarkan laporan ABC News, kajian yang dilakukan mendapati golongan isteri menganggap suami botak jauh lebih menarik dan mereka dianggap lebih kuat kerana nampak lebih maskulin. Manakala kebanyakan lelaki botak ini juga selalunya dikaitkan bekerja sebagai polis atau tentera serta kerja yang menunjukkan kelakian seseorang..

 

Menariknya juga, suami botak dianggap tinggi keyakinan diri. Maksudnya mereka berani membawa imej sebegitu dikhalayak ramai dan membuktikan mereka selesa dengan gaya tersebut.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video