
BlackPink Berjaya ‘Pink’-Kan Stadium Malawati Shah Alam
GAYA HIDUPKonsert sulung kumpulan K-pop terkemuka BlackPink di Malaysia pada Sabtu dan Ahad lepas berjaya menawan hati peminat-peminat mereka di Malaysia.
Selain persembahan yang penuh bertenaga sepanjag kira-kira 2 jam konsert berlangsung, Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa bukan sahaja tampil dengan persembahan yang bertenaga namum berjaya meng-hypekan stadium Malawati, Shah Alam.
Kami sempat ke konsert ‘tambahan’ mereka pada Sabtu, dan ternyata sambutan memang menggalakkan. Tak kurang juga peminat mereka yang dah ada di stadium sejak 2 petang lagi walaupun persembahan mereka dijadualkan mula pada jam 6 petang.
Membuka persembahan dengan lagu ‘Ddu-du Ddu-du’, sekali dengan teknik pyro, memang satu pengalaman yang takkan peminat-peminat mereka di Malaysia lupakan.
Lebih menarik, setiap ahli BlackPink tampil dengan persembahan solo masing-masing. Antara yang menjadi perhatian semestinya tarian solo Lalisa dan Jennie dengan lagunya ‘Solo’.
Sepanjang konsert berlangsung, BLACKPINK bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Blink (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.
.jpeg?itok=0WgYnx2F)
P/s: Dengar cerita, lepas ni pihak penganjur nak bawak masuk BTS. Hehehe… betul ke?
Photocredit : FB | Macpie Pro