"Buaya Pahang Tak Baham Orang" - Lelaki Ini Kongsi Ada Perjanjian Dengan Manusia

GAYA HIDUP
August 14, 2023 - 03:54 PM


Kita kalau nampak buaya di sungai, paya atau kawasan-kawasan air tawar yang lain mesti akan terkejut dan takut. Sifatnya yang ganas dan menakutkan membuatkan kita seboleh-bolehnya tak mahu terserempak dengan haiwan pemakan daging itu.

Tapi pernahkah korang dengan satu cerita mengenai buaya di negeri Pahang? Katanya buaya-buaya di wilayah itu tidak pernah membaham manusia. Tetapi mengapa buaya di Sungai Pahang tidak mengganggu manusia seperti buaya-buaya di sungai lain?

Menurut sebuah video di laman Tiktok, seorang pengguna platform terbabit bernama Azmi Jamaludin telah memberikan jawapan. Katanya, walaupun Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia dan menjadi habitat untuk ratusan ekor buaya, mereka tidak pernah membaham manusia.

Kata Azmi, terdapat seorang lelaki yang telah mengikat perjanjian dengan Sang Libas ini pada zaman dahulu.

@azmi.jamaludin Kenapa buaya di sungai pahang tidak mengganggu manusia ? Tidak seperti buaya di tempat lain contohnya di Sarawak Sungai pahang merupakan antara sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Sungai pahang juga merupakan habitat ratusan ekor buaya walaupun begitu buaya2 ini tidak pernah membaham manusia. Mengikut kepercayaan buaya ini telah mengikat perjanjian dengan pawang yang terkenal di pahang iaitu pawang kadir Seorang yang alim berasal daripada kampung guai temerloh pahang Beliau juga merupakan pawang diraja di zaman sultan abu bakar riayatuddin shah Pada tahun 1930 an pawang kadir pernah mengikat perjanjian dengan buaya di sungai pahang Dalam perjanjian tersebut seluruh keturunan buaya tersebut tidak dibenarkan untuk mengganggu manusia dan begitu juga sebaliknya. Manusia juga tidak boleh membunuh buaya di Sungai Pahang. #misiniaga #azmijamaludin #learnontiktok #tiktokgurumalaysia #sejarahpahang #buayasungaipahang ♬ Instrumen Melayu - Andijul maruf

"Pawang tersebut dikenali sebagai Pawang Kadir, seorang pawang yang sangat terkenal di Pahang suatu ketika dulu. Beliau merupakan seorang alim yang berasal daripada Kampung Guai, Temerloh, Pahang.

Tambah beliau, Pawang Kadir juga merupakan Pawang Diraja pada zaman Sultan Abu Bakar Riayatuddin Shah dan pernah mengikat perjanjian dengan buaya-buaya di Sungai Pahang yang dahulunya kerap menjadikan manusia sebagai mangsa mereka.

"Dalam perjanjian tersebut, seluruh keturunan buaya tidak boleh mengganggu manusia. Begitu jugalah dengan manusia" ujar Azmi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum serta terkejut dengan cerita ini, bahkan masih ramai orang Pahang yang tidak tahu cerita ini. Hanya mendengar khabar angin mulut ke mulut sahaja dan tak menyangka kisah ini benar.

"Saya orang Pahang, ramai orang tak tahu ada buaya lagi besar di Sungai Pahang iaitu buaya putih. Sekiranya dia naik ke darat maka tandanya akan banjir" kata Nurzaimah.

"Buaya di Pahang memang baik, tapi buaya darat paling ditakuti" komen Rose berseloroh.

Kita yang tengok buaya di zoo pun sudah takut sebabkan rupa dan betapa agresifnya haiwan ini. Macam mana ya orang boleh bergambar duduk di atas buaya?

Sumber berita : Lobak Merah

Destination: