
Cara Hentikan Keguguran Rambut & Gatal Kulit Kepala Menjelang Syawal
GAYA HIDUPHampir setiap orang pernah mengalami masalah berkaitan rambut. Tak kiralah lelaki atau perempuan masalah rambut sentiasa berlaku. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi masalah rambut terjadi kepada kita. Salah satu punca adalah tekanan yang dihadapi boleh membuatkan rambut tidak sihat. Selain itu, masalah penggunaan produk yang tidak sesuai juga boleh menjadikan rambut anda gugur ataupun mendatangkan kelemumur.
Bagi lelaki masalah rambut gugur hingga menyebabkan botak amat membimbangkan. Kadang-kadang boleh mengurangkan keyakinan seseorang. Begitu juga apabila kulit berasa gatal kerana masalah kelemumur. Ianya cukup menggangu fokus terutama ketika sedang bekerja.
Tidak ketinggalan juga ramai wanita bertudung yang tidak selesa dengan kehadiran kelemumur dan rambut gugur. Kadang-kadang rasa rimas dah gatal nak garu kan rosak pulak tudung. Itu belum lagi rambut bau kepam setelah seharian bertudung. Bila buka tudung perghh kepam betul bau. Kesian kat suami nanti.
Sebenarnya tak perlu risau jika anda ada mengalami masalah ini. Banyak cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur. Antara cara yang selalu diguna adalah cara tradisional.
Boleh sahaja guna bahan-bahan yang ada disekeliling anda. Berikut kami kongsikan beberapa cara yang anda boleh guna:
#1 Daun Pandan
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
#2 Telor
Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu
#3 Air garam
Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang - kurangnya 2 kali seminggu.
#4 Makan Sayur & Buah
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
#5 Minyak zaitun
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatka proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahanlahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.
Itu antara 5 bahan semulajadi yang anda boleh guna dalam rawatan berkenaan masalah rambut. Namun dengan teknologi yang makin berkembang dan banyak produk dikeluarkan menjadikan hidup kita lebih mudah. Terdapat banyak produk penjagaan rambut yang boleh anda cuba. Salah satunya produk dari L'oreal Paris iaitu Elseve.
Kebanyakkan produk ini boleh sahaja beli online, maklumlah sekarang ni nak keluar pun tak larat, boleh beli dekat LAZADA sahaja.
#6 Gunakan Produk Penjagaan Rambut Yang Sesuai
Nak guna produk yang berada di pasaran ni sebenarnya adalah caranya bagi mendapatkan kesan yang maksimum. Berikut juga kami kongsikan cara menggunakan produk Elseve bagi mereka yang mempunyai masalah rambut. Petua ini anda boleh guna setiap hari bagi mendapatkan rambut yang sihat menjelah 1 syawal nanti.
Sebelum plan nak cuci rambut, pakai hair oil dulu.
Any brand doesn’t matter. Yang penting fungsinya sebagai minyak rambut. Jangan pegi bantai Pomede laki kau pulak. Jangan pakai dalam kuantiti yang banyaksampai kau rasa geli nak pegang rambut sendiri. Biarkan dalam 20 ke 30 minit macam tu. So, kalau plan mau cuci rambut, jangan pula pakai masa nak pergi kerja. Satu hal punla nak cuci rambut dekat office.
Lepas minyak rambut, mestilah pakai shampoo.
Dah letak minyak banyak-banyak dekat rambut tu kenalah cucikan. Boleh guna shampoo L'Oréal Paris Elseve Fall Resist. Shampoo ini selain bau dia sedap gila, ianya sangat sesuai untuk korang yang ada masalah rambut gugur ni. Cuci sampailah korang yakin rambut korang dah tak berminyak.
Beli L'Oréal Paris Elseve Fall Resist di Lazada Sekarang
Conditioner. Part ini paling banyak orang abaikan.
Ramai yang jenis lepas shampoo, setel. Tapi sebenarnya, part pakai conditioner adalah part paling penting untuk mengelak dari keguguruan rambut. Sebab conditioner ada nutrisi yang baik untuk rambut. Kalau kau tak faham apa tu nutrisi, cukup kau faham conditioner tu makanan yang baik untuk rambut. Banyak kepentingan pakai conditioner ni. Bagus kau google sendiri untuk dapatkan matlumat lebih lanjut tentang nutrisi.
L'Oréal Paris Elseve juga datang bersama conditioner iaitu L'Oréal Paris Elseve Fall Resist 3x Conditioner. Bau dia pun boleh tahan sedap. Jadi jangan risau dah rambut korang akan berbau.
Beli L'Oréal Paris Elseve Fall Resist 3x Conditioner di Lazada Sekarang!
Gunakan Hair Mask
Hair mask atau yang kita kenal dengan masker rambut ini berfungsi untuk memperbaiki kerosakan pada bahagian akar sekaligus memberi nutrisi pada batang rambut. Hair mask boleh digunakan oleh rambut yang rosak akibat sinaran UV berlebihan ataupun mereka yang selalu mewarnakan rambut. Jadi lepas 3 step kat atas tu amat sesuai untuk korang guna mask rambut ni.
Akhir sekali kalau korang memang jenis ada masalah rambut gugur dan pada masa yang sama ada kelemumur korang boleh guna satu lagi produk dari L'Oréal juga iaitu Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Anti-Hair Fall Shampoo. Kalau cari kat kedai ianya botol berwarna biru hitam.
Beli Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Anti-Hair Fall Shampoo di Lazada Sekarang
Dapatkan Produk Bernilai RM20,000 di Mydin Terpilih
Bagi korang yang shopping di Mydin terpilih korang berpeluang untuk menang hadiah menarik dengan hanya membeli sebarang produk penjagaan rambut jenama L'Oréal Paris bernilai sekurang-kurangnya RM15. Antara hadiah menarik yang korang boleh menang adalah Baucer Shopping dari Mydin, Elseve Pouch, Set Berus make up dan baucer KFC.
5 Mydin terpilih adalah
- Mydin MITC Melaka
- Mydin Subang Jaya
- Mydin Bukit Jambul
- Mydin Kuala Terengganu
- Mydin Meru Raya
Dengan pembelian sebarang produk penjagaan rambut jenama L'Oréal Paris bernilai sekurang-kurangnya RM25 keatas anda layak mendapat cabutan bertuah berserta tuala Elseve.
Jika berminat nak beli boleh juga beli secara online di Lazada