Cara Memilih Skinny Jeans Untuk Lelaki Yang Berisi & Buncit

GAYA HIDUP
June 07, 2018 - 04:03 PM


Minggu-minggu terakhir puasa ni, mesti ada yang dah mula atau sebenarnya dari minggu pertama puasa lagi ada yang dah mula mencari baju raya kan.

Inia da satu topik perbualan yang Aj terjumpa di media sosial, iaitu lelaki berisi ni kebiasannya susah nak jumpa atau susah nak gayakan skinny dengan betul. Tapi kenapa skinny?

Skinny adalah jeans yang boleh mengubah penampilan seseorang. Daripada kelihatan biasa, kepada ada ‘wow’ factor. Skinny juga boleh dikenakan untuk kelihatan santai dalam masa yang sama ada ‘smart look’.

Untuk yang mempunyai masalah untuk mencari skinny yang sesuai, ini ada beberapa tips yang boleh digunapakai. Lagi-lagi kalau korang tergolong dalam dua B yang disebut diatas tadi iaitu berisi, dan buncit.

 

#1. Pilih Warna Gelap

Pemilihan warna gelap seperti ungu ini boleh membantu menyembunyikan bahagian-bahagian badan yang tertentu. Untuk selamat, pilih sahaja yang berwarna hitam. Selain mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja baju, ia akan menampakkan kita ni sedikit kurus.

Tapi, tolong ELAK beli yang berwarna merah. Ia akan menampakkan kaki kita besar.

 

#2. Potongan Yang Sesuai

Walaupun ia jenis skinny, tapi sebenarnya skinny juga mempunyai potongan yang berlainan. SIla cuba dahulu di kedai untuk pastikan seluar tersebut tidaklah terlalu ketat sampai menyukarkan perjalanan. Cari potongan dibawah pinggang untuk lebih selesa.

 

#3. Elak Skinny Banyak Poket

Skinny yang mempunyai banyak poket akan membuatkan kaki kelihatan besar. Sama jugak dengan pemakaian jaket. Jika memakai skinny, jangan padankan dengan jaket besar. Nanti badan nampak tak seimbang.

Padankan dengan t-shirt biasa, atau kemeja yang bercorak garis menegak.

 

 

#4. Elakkan Fabrik Getah

Ada sesetengah fabrik yang digunakan adalah seakan-akan getah yang ketat. Jenis ini tak sesuai dengan kita kerana nanti nampak macam nak beriadah di padang pulak.

 

#5. Buat Rujukan

Kebiasaannya untuk mengenakan sesuatu fesyen, atau sekadar untuk mendapatkan OOTD yang lebih menarik, cari seseorang yang lebih kurang saiznya dan berinspirasi sahaja daripadanya. Sebagai contoh, untuk yang ada 2B ini, cuba ambil Jack Black mahupun James Corden