Chelsea, Arsenal Sedia Buka Pintu Buat Cristiano Ronaldo! Atas Sebab Ini Sahaja!

GAYA HIDUP
October 25, 2022 - 01:44 PM


Nama Cristiano Ronaldo sekali lagi hangat di kalangan peminat bola sepak liga perdana Inggeris. Perbalahan antara Cristiano dan Erik Ten Hag, pengurus Manchester United semakin hangat diperkatakan. Apatah lagi nama bintang gergasi bola sepak itu digugurkan dari senarai pemain ketika perlawanan bertemu seteru utama Chelsea.

Peminat berpendapat, Cristiano wajar digugurkan untuk perlawanan itu kerana menunjukkan sikap tidak professional ketika perlawan bertemu Tottenham Hotspur apabila beliau enggan masuk sebagai pemain gantian ketika hujung perlawanan dan meninggalkan Old Trafford lebih awal.

Susulan dari drama yang semakin panas, Erik Ten Hag bersedia untuk bersemuka dengan Cristiano pada hari ini bagi menjelaskan mengapa beliau digugur dan disisihkan dari skuad utama sebelum menyerapnya semula.

Ada juga khabar angin yang kuat mengatakan Manchester United bersedia untuk melepaskan Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan Januari nanti secara percuma. Arsenal dan Chelsea bersedia untuk menerima Cristiano jika beliau dilepaskan secara percuma. 

Tetapi, Arsenal baru sahaja mendapatkan khidmat bintang brazil Gabriel Jesus yang bermula cemerlang musim ini. Chelsea pula cuba untuk menandatangani Cristiano pada hujung jendela perpindahan yang lalu namun memilih Aubameyang.

Perpindahan ke Napoli yang kita dengar masih juga bertiup kencang kerana prospek bermain di Liga Juara-juara Eropah masih menjadi pilhan utama Cristiano. Namun. dengan tingkah lakunya yang dikatakan biadap, masih adakah tempat untuk Cristiano Ronaldo di kalangan kelab elit Eropah?

Destination: