"Confirm Meriah!" - Jom Ke Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Di Putrajaya 31 Ogos Ini!

GAYA HIDUP
August 24, 2023 - 04:23 PM


Hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi sebelum Hari Kebangsaan 2023 yang bakal disambut di Putrajaya pada 31 Ogos ini. Konsep yang ditampilkan pada tahun ini menjanjikan terjemahan Malaysia MADANI dalam segenap aspek, sama ada daripada persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.

Ada pelbagai persembahan istimewa yang bakal disajikan buat pengunjung, antaranya:

  1. Acara perarakan aset ketenteraan, polis dan aset kementerian 
  2. Irama pukulan gendang daripada 400 pemain gendang pelbagai kaum,
  3. Aksi terjunan udara enam komando 69 (VAT69) Polis Diraja Malaysia 
  4. Persembahan udara menggunakan helikopter pasukan keselamatan 
  5. Aksi akrobatik 15 motosikal antik 'Wira Merah' oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia

Dataran Putrajaya dah bersedia untuk menerima 100,00 pengunjung tau! Jadi banyak fasiliti dan kemudahan tersedia untuk anda, antaranya:

1. Penjaja makanan yang mencukupi.

2. Waktu operasi pengangkutan awam diawalkan dan bas shuttle percuma.

3.  Ruang parkir yang banyak.

Selain itu, pelan tapak sambutan turut dikongsikan agar memudahkan setiap pengunjung untuk merancang perjalanan. Tak tahu arah tuju, anda boleh rujuk pelan di bawah! Mudah kan? 

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 ini. 

Destination: