'Content' Korang Pasal Isu Palestin Kena Sekat? Ini 6 Cara Elak Akaun Media Sosial Tak Dikacau!
GAYA HIDUPPeperangan yang berlaku di Palestin dan Israel kini menjadi perhatian orang ramai di seluruh dunia.
Malah, masyarakat Malaysia termasuklah golongan berpengaruh dan selebriti juga mula menyebarkan kesedaran tentang isu ini di platform media sosial mereka.
Namun, akaun milik sesetengah pihak yang cuba berkongsi tentang isu Palestin ini dikatakan telah disekat oleh pihak pengurusan platform media sosial.
Lebih teruk lagi, ada akaun yang telah dipadam hanya kerana berbuat demikian.
Ini Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara Hazeman Huzir di laman TikTok miliknya (@hazemanhuzir), Hazeman dilihat melakukan siaran ‘live’ bersama Heliza Helmi serta Hazwani Helmi dan membincangkan tentang sekatan di media sosial berkaitan Palestin.
Susulan itu, Hazeman berkongsi beberapa tips kepada orang ramai bagi mengelakkan akaun media sosial disekat oleh kerana perkongsian berkaitan Palestin.
Antara tips tersebut adalah:
1. Selang-Selikan Hantaran Berkaitan Palestin Dengan Perkara Lain
Perkara ini penting untuk dilakukan bagi mengelakkan sistem media sosial mengenalpasti jika seseorang itu sedang memberi fokus atau perhatian terhadap isu Palestin yang sedang berlaku.
2. Tulis Perkongsian Anda Di Aplikasi ‘Notes’ Di Telefon Dan Screenshot Sebelum Dimuat Naik Di Media Sosial
Kalau anda mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Palestin, lebih baik untuk menulisnya di dalam aplikasi ‘Notes’ dalam telefon masing-masing terlebih dahulu.
Kemudian, screenshot kenyataan anda itu dan muat naik gambar tersebut di media sosial.
Kami percaya ini kerana tidak semua aplikasi mampu mengesan perkataan atau teks yang terkandung di dalam gambar.
3. Tulis Mengikut Ejaan Yang Salah
Jika anda mahu mengeja perkataan Palestin dan Israel, elakkan dari menulisnya dengan ejaan yang betul. Sebaliknya, ejaan yang salah itu boleh ditulis seperti P4l3sT1n atau 1sr43l bagi mengelakkan sistem media sosial mengesan perkongsian anda.
4. 'Restart' Telefon Jika Aplikasi Media Sosial Tidak Boleh Dibuka
Selain itu, tips keempat ini yang dikongsikan oleh Heliza dan Hazwani adalah untuk memati dan menghidupkan semula (restart) telefon bimbit anda sekiranya aplikasi media sosial terbabit tidak dapat dibuka.
5. Letak Link Sumbangan Di Bahagian Bio Media Sosial
Dana sumbangan yang dikutip secara atas talian menerusi pautan juga merupakan salah satu cara masyarakat mahu membantu rakyat Palestin.
Namun, pautan sumbangan yang dimasukkan dalam feature link seperti di Instagram yang dilakukan secara kerap dalam tempoh 24 jam akan membuatkan profile anda dikesan.
Menurut Hazeman, Instagram tidak mahu pengguna mereka untuk keluar dari platform tersebut.
Jadi, caranya adalah anda meletakkan pautan dana sumbangan di bahagian bio pada profile masing-masing.
6. Aktifkan Tetapan ‘Sensitive Content’
Salah satu cara lain adalah dengan mengaktifkan tetapan ‘Sensitive Content’ di akaun Instagram anda.
Caranya adalah seperti berikut:
- Pergi ke profile Instagram anda.
- Klik pada ikon tiga garisan di bahagian atas sebelah kanan.
- Klik Settings and privacy.
- Klik pada Suggested Content
- Klik pada Sensitive content.
- Tekan butang More.
Siap!
Semoga tips-tips yang dikongsikan ini membantu anda semua untuk terus berkongsi tentang isu yang berlaku di Palestin.
@hazemanhuzir Komen "nampak" kalau nampak
♬ original sound - Hazeman Huzir
@hazemanhuzir Part 2. Komen "nampak" kalau nampak.
♬ original sound - Hazeman Huzir
Sumber: The Rakyat Post