Cuba Selongkar Koleksi Hot Wheels Anak Anda…Anda Pasti Terkejut!

GAYA HIDUP
August 08, 2017 - 11:36 AM


Kereta permainan Hot Wheels merupakan salah satu permainan yang sangat tidak asing bagi kita.

Boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebiji kereta ini, sama ada dibeli mahupun freegift bila beli apa –apa produk.

Terkenal dengan perincian terhadap setiap kereta yang dikeluarkan, Hot Wheels bukan sahaja menarik minat golongan budak –budak sahaja tetapi bapak –bapak budak pun tertarik dengan hot wheels ini.

Jika nak cerita sejarah, Hot Wheels ini awalnya dikeluarkan oleh Mattel pada tahun 1968. Pada tahun tersebut, hanya 16 biji kereta yang dikeluarkan dan 11 daripadanya di reka bentuk oleh Harry Bentley Bradley.

Koleksi pertama ini dikenali sebagai ‘the sweet 16’ ataupun ‘the original 16’ oleh peminat Hot Wheels. Antara kereta ikonik yang terdapat dalam koleksi tersebut adalah Custom Volkwagen, Custom Camaro, Custom Mustang dan beberapa lagi model.

Disebabkan keunikan reka bentuk dan minat pada kereta, terdapat segelintir yang menjadikan mengumpul Hot Wheels ini sebagai hobi.

Di Malaysia, komuniti pengumpul dan peminat Hot Wheels ini semakin berkembang. Jika kita mengikuti mana – mana event permotoran mahupun pergi ke tapak bazar, pasti akan terjumpa dengan penjual yang menjual Hot Wheels ini. Bagi pengumpul atau collectors Hot Wheels, mereka akan sering berkunjung ke mana-mana pasar raya dan menyelak satu satu model kereta yang terdapat di rak pameran. Mana tahu, terjumpa yang rare ini kerana kereta mainan ini mempunyai nilai dia yang tersendiri.

Di sini, harga sebiji kereta Hot Wheels di pasaran boleh dikatakan dalam lingkungan RM 8 (kereta biasa, bukan siri tertentu). Namun, sekiranya ada yang rare, mungkin harganya mencecah puluhan ringgit. Malah, sekiranya anda buka laman web E-Bay bidaan yang dibuat terhadap sesetengah model mencapai ratusan ringgit!

Nilai pada sebiji kereta ini berlainan antara satu sama lain, dia akan merujuk kepada ke-‘rare’ran model tersebut dan nilainya akan lagi mahal jika model itu pengeluarannya adalah terhad, sempena konvensyen Hot Wheels, atau model – model yang lama. Menurut collector hot wheels di sini, scene di Malaysia semakin berkembang sejak wujudnya media sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp. Mereka wujudkan group untuk berkongsi pengetahuan dan koleksi kereta –kereta milik mereka. Malah di Facebook Malaysia Collector sendiri mempunyai lebih kurang 20 ribu orang ahli yang aktif. Mereka mengadakan pelbagai aktiviti seperti perlumbaan dan jualan Hot Wheel setiap minggu di beberapa lokasi. Antara yang lokasi popular ialah di Cheras, Shah Alam dan Terminal Sungai Buloh.  Selain  daripada perlumbaan, di sinilah ada antara collector yang menjual koleksi - koleksi mereka.

Jangan terkejut, mereka ini sanggup membayar hingga ratusan ringgit untuk mendapat sesetengah model yang mereka inginkan dan secara tidak langsung hobi mereka ini menjadi lubuk untuk buat duit bagi sesetengah collector. Manakan tidak, kereta yang dibeli dengan harga lebih kurang Rm 8, boleh dijual semula sehingga ratusan, malah ada yang sampai ribuan ringgit.

Sekiranya anda atau anak anda pengumpul Hot Wheels, cuba selongkar dan belek satu satu, mana tahu terjumpa model yang rare! Jangan tak percaya, sebab di ebay sendiri harga kepada Hot Wheels ini ada yang mencapai Rm 800. Ini misalnya….

 

Tapi ini yang masih tidak dibuka, jika pek dah terbuka atau loose, harganya mungkin berlainan, tetapi… masih ada market value.

Jika terjumpa… cepat cepatlah masuk group atau iklankan di Ebay, mana tahu rezeki anda disitu…