Kereta Hot Wheels Anak Bersepah? Jom Buat Sendiri Rak Hot Wheels DIY





Pergi ke mana-mana rumah yang ada anak kecil, mesti rumah tersebut akan ada kereta permainan kecil ataupun Hotwheels. Kadang-kadang, ada sampai sebakul. Kadang-kadang, sampai terpijak sebab banyak sangat.

Baca : Kereta Hot Wheels Paling Rare Dan Mahal Di Dunia

Untuk korang yang ada masalah nak simpan kereta hotwheels ni, apa kata buat je rak hotwheels sendiri. Ye lah, kalau nak beli, mungkin mahal, ataupun susah nak jumpa.

Selain untuk anak-anak, kalau collector yang suka kumpul ‘loose’ hotwheels ni, boleh cuba buat rak hotwheels diy ni, murah dan jimat tau!

Untuk buat rak Hotwheels ni, mudah je. Gunakan rak kasut je. Tak sampai RM50 pun. Ini perkongsian dari MeerSha Sapian di Facebook. 

DIY Rak Hot Wheels

Bahan-bahan simple je..

- Rak kasut kayu..Beli yg 4 tier (RM35 beli kat tesco..DIY pun ada tapi 2tier ke 3tier je rasanya)

- Cable tie

Cara-Cara DIY Rak Koleksi Hot Wheels

1. Double kan rak tu dan susun bagi sama rata.

2. Pastu ikat guna cable tie. Nak lagi kemas, boleh gunakan skru atau paku

3. Susun sampai abis rak yg ada..susunan ikut kreativiti sendiri lah. Jadi, ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah..Untuk gambar contoh ni dia memanjang ke bawah..YANG PENTING double kan rak tersebut tau..kalau tak; tak muat nak letak kete..

4. Ketat-ketat kan ikatan (kalau guna cable tie lah) pastu potong cable yang lebih-lebih. Kalau guna skru atau paku, boleh skip. Atau nak lebih style, spray atau sapu syelek untuk kemasan lagi cantik.

5. Dah siap... drill letak kat dinding..susun la kereta yang ada.

Mudah kan? Terus rasa nak cuba buat dekat rumah ni. Lepas ni, nak cuba cari DIY macam mana nak simpan dengan card, sebab ramai yang simpan dengan card kan? Lagi-lagi koleksi hotwheels yang rare.