"Dalam Dan Luar Padang Perform!" - Netizen Puji Faisal Halim Jawab Interview Dalam Bahasa Inggeris

GAYA HIDUP
December 22, 2022 - 02:57 PM


Aksi pertama kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Harimau Malaya bermula dengan langkah kanan biarpun ditentang hebat dengan asakan agresif dari pasukan tuan rumah Myanmar.

Penjaring tunggal perlawanan, Faisal Halim muncul wira buat negara. Namun, pasukan kebangsaan hampir dikejutkan apabila pasukan Myanmar dihadiahkan sepakan penalti pada hujung perlawanan. Sekali lagi Syihan berjaya menepis penalti dan mempertahankan kelebihan jaringan.

Sejurus perlawanan, seperti biasa pasti ada sesi temuramah bersama jurulatih ataupun pemain. Yang menarik perhatian kali ini sudah tentunya Faisal Halim. Media AFF sempat mengajukan beberapa soalan dalam Bahasa Inggeris kepada Faisal. Faisal menjawab soalan yang diajukan dengan cukup tenang. 

Faisal ditanya berkenaan persediaan pasukan untuk perlawanan mendatang. Jelas Faisal, beliau dan rakan sepasukan akan memperbaiki mana yang kurang dan cuba mengekalkan momentum kemenangan.

“Kami perlu bawa momentum positif ini untuk perlawanan mendatang. Bagi saya setiap perlawanan kami pasti berikan segalanya dan berusaha ssedaya upaya bermain bersunguh-sungguh hingga ke minit 90 permainan.”

“Hari ini kita dapat lihat pada babak pertama perlawanan agak sukar untuk kita namun pada separuh masa kedua kami lebih agresif. Kami cipta beberapa serangan dan akhirnya gol  terhasil.” 

Malaysia bakal berdepan Laos pada Sabtu, 24 Disember 2022. Perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat jam 8.30 malam.

Destination: