Hanya 59,000 Tiket Semi Final AFF Tersedia! Apa Sebabnya?

GAYA HIDUP
January 04, 2023 - 02:51 PM


Harimau Malaya berjaya menempah slot ke semi final setelah memengi "Derbi Seberang Tambak" dengan menundukkan Singapura dengan jaringan 4-1. Para penyokong Harimau Malaya turut turun ke Bukit Jalil dan berjaya mencatatkan kehadiran serama 65,147 orang.

Berdasarkan perlawanan semalam, dijangkakan kehadiran penonton untuk perlawanan semi final pertama menentang Thailand akan meningkat memandangkan perlawanan jatuh pada cuti hujung minggu. Namun ada satu khabar berita yang tidak menyenangkan.

Hanya 59,000 keping tiket sahaja akan dijual untuk perlawanan semi-final 1 Piala AFF antara Malaysia & Thailand di SNBJ, Sabtu nanti. Ini berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa dikongsongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

 

Destination: