Denda RM1000 Jika Tidak Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam Bermula 1 Ogos 2020

GAYA HIDUP
July 23, 2020 - 03:51 PM


Kerajaan Mewajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Bermula 1 Ogos!

Disebabkan kes yang melibatkan jangkitan dalam negara semakin bertambah pihak kerajaan telah meluahkan kegusaran mengenai peningkatan kes COVID-19 kepada dua angka dan 13 kluster baharu sejak PKPP diumumkan. Hal ini turut membuatkan pihak kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan peningkatan semula kes ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan pada hari ini sedia untuk mewajibkan pemakain pelitup muka buat orang ramai di tempat awam yang sesak serta pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.

Selain itu, pihak kerajaan turut membenarkan pemakaian pelitup muka buatan sendiri namun perlulah mengikuti SOP yang ditetapkan WHO.

Pihak kerajaan juga sedia mengambil tindakan yang lebih tegas pada kali ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mendenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kepada individu yang mengingkarinya.

Diharap orang ramai sedia mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dalam memastikan kes COVID-19 dalam negara dapat diturunkan semula.

Sebelum ini WHO turut menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka di tempat awam dalam mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.