District 21 Yang Penuh Dengan Aktiviti Lasak Di Putrajaya

GAYA HIDUP
November 11, 2021 - 03:15 PM


Tentu ada di antara korang yang sukakan aktiviti lasak, namun disebabkan korang terlalu busy dengan urusan harian korang terpaksa melupakan hasrat korang tu.. banyak faktor-faktor yang perlu di ambil kira untuk melakukan aktiviti lasak ni antaranya seperti cuaca yang baik, tempat yang selamat dan kos yang tinggi.

Kalau korang nak tahu, terdapat satu tempat yang dipanggil District 21 yang terletak di IOI city mall yang menawarkan permainan-permainan yang cukup extreme untuk korang try !! Antara tarikan utama di sini adalah roller glider, sky trail dan power station yang tentu membuatkan hati korang berdebar-debar.

Untuk bermain permainan ini terdapat syarat-syarat tertentu bagi mengelakkan kemalangan yang serious. Tempat ini amat sesuai untuk korang release kan stress korang di pejabat atau di sekolah tu malah, korang boleh menambah keseronokan dengan datang secara beramai-ramai dengan rakan korang.

Jika korang berminat, harga tiket di sini berbeza bagi hari bekerja dan hujung minggu. Harga yang ditawarkan pada hari isnin hingga jumaat adalah RM 47.00 manakala RM 58.00 pada hujung minggu. Berita baik !! Korang boleh dapatkan tiket lebih murah secara online di Shopee, hanya klik disini.

Destination: