
DJI Osmo Pocket Dibuka Untuk Tempahan Pada Harga RM1,550
GAYA HIDUPDJI bukanlah nama asing dalam dunia teknologi. Mula menempa nama dengan penghasilan drone berkualiti, kini DJI ingin mengembangkan lagi pemasaranya dengan pengenalan DJI Osmo Pocket.
Sedar akan permintaan yang tinggi terhadap aksesori dan kamera aksi, DJI membuat penambahbaikan kepada model terdahulu iaitu DJI Osmo dengan memperkenalkan ‘adiknya’ yang lebih kecil iaitu DJI Osmo Pocket.
Selepas pelancarannya rasmi di Malaysia minggu lepas, DJI Osmo Pocket kini boleh di pra tempah dengan harga tawaran RM1,550. Menurut laman jualan, pengguna yang membuat pra tempahan ini akan mendapatkan peranti berkenaan seawal Januari 2019.
Apa yang membuatkan DJI Osmo Pocket ini menjadi perhatian adalah ia dilengkapi dengan kamera bersensor 12-Megapixel f/2.0 dan ia mampu untuk merakam video 4k 60fps. Selain itu, korang boleh masukkan microSD sehingga 258GB! Selain saiznya yang ‘comel’, ia menawarkan skrin bersaiz 1 inci bagi memudahkan pengguna melihat hasil rakaman mereka pada gimbal ini.
Iya, ia adalah sebuah gimbal. Bukannya kamera aksi. Jadi kalau dah sebut pasal gimbal ni, kita tahu lah kualiti video yang akan terhasil mesti smooth dan tidak bergegar. Untuk blogger atau vlogger, rasanya ini adalah produk yang patut korang dapatkan.
DJI Osmo Pocket bakal ditawarkan seawal 15 Disember dan harga adalah sekitar RM1,550
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video