Drone Generasi Baru Daripada Parrot Mahu Tandingi DJI...

GAYA HIDUP
September 25, 2017 - 04:12 PM


Pengeluar drone terkemuka daripada China, DJI kini mempunyai pesaing baharu. Setelah model sebelum ini DJI Spark mendapat perhatian di seluruh dunia. Drone yang berharga bawah RM 2 ribu itu kini mendapat saingan daripada model terbaru keluaran syarikat Perancis, Parrot.

Kelebihan yang dibawakan oleh Parrot menerusi model keluaran terbaru mereka ini adalah pilihan untuk menangkap rakaman semasa penerbangan dan gambar pegun. Dengan bantuan komposisi imej di dalam drone untuk mendapatkan yang terbaik dari pemandangan yang menakjubkan dengan menjaga perkara yang betul dalam penggambaran.

Contoh gambar yang menggunakan drone shot. 

Selain itu, drone terbaru ini juga mempunyai pergerakan automatic untuk mengambil drone shot yang perfect. Dengan 2 mod fungsi, ‘sport’ iaitu untuk pelumbaan dengan kelajuan 65km/h dan juga fungsi ‘video’ untuk imej yang berkualiti tinggi.

Dengan remote WiFi drone itu, Skycontroller 2, para pengguna boleh megawal peranti itu pada jarak sejauh 2km. Dengan headset Cockpitglasses 2 - yang termasuk dalam pek - menawarkan pengalaman dalam penerbangan yang mendalam untuk mendapatkan duit landskap dengan sudut pandang 96 °. Pek ini tersedia untuk € 699 atau RM3,490. 

Parrot berharap bahawa model ini juga akan mendapat impak dan sambutan yang sama seperti DJI Spark.

 

 

Sumber : The Star

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video