Drone Digunakan Untuk Lakukan Misi Kemanusiaan Di Afrika

GAYA HIDUP
September 07, 2017 - 05:45 PM


Sering kita dengar bahawa drone diguna untuk tujuan fotografi, videografi, hobi dan sebagainya. Malah anak – anak kecil pun sekarang ada yang pandai terbangkan drone. Seperti yang diketahui, drone merupakan sejenis UAV atau unmanned aerial vehicle.

Atas sebab kestabilan dan ketangkasan pengemudi drone serta teknologi yang semakin berkembang pada masa kini, drone digunakan bukan sahaja sebagai hobi tetapi juga sebagai alat bantuan oleh pihak berkuasa seperti Polis dan sebagainya.

Kita tahu bahawa drone juga berkebolehan untuk memasuki kawasan – kawasan yang sempit, bahaya, atau kawasan yang susah dimasuki oleh manusia.

Di Afrika, pihak UNICEF telah melancarkan bantuan drone kepada kerajaan Malawi awal tahun ini sebagai bantuan semasa kawasan tersebut dilanda banjir. Drone – drone ini dihantar untuk mendapatkan imej dan maklumat kepada pihak berkuasa agar bantuan mudah dihantar kepada mangsa banjir.

Photo : UNICEF

UNICEF juga sedang cuba potensi drone ini untuk dijadikan alat sokongan dalam misi bantuan dan menyelamat. Matlamat utama drone kemanusiaan ini adalah untuk membantu kawasan miskin dan yang susah ditembusi di Malawi.

3 kriteria utama yang diuji semasa pelancaran drone ini adalah : 1. Pengimejan – dimana drone ini menyediakan dan menganalisa dari udara untuk mengenal pasti kawasan terjejas sekiranya berlaku bencana banjir dan gempa bumi. 2. Komunikasi – drone ini boleh menguatkan atau menyediakan WIFI dan talian telefon di kawasan yang terjejas. 3. Pengangkutan – drone ini akan digunakan untuk menghantar bekalan ubat yang tidak terlalu berat, vaksin, sample untuk tujuan kajian di makmal dan juga keputusan saringan HIV.

Itu cerita dekat Afrika... kalau di Malaysia, rasanya PDRM ada guna drone jugak untuk certain case. 

Sumber : UNICEF