Mavic Air Dron Kompak Sebesar Tapak Tangan Dengan Resolusi 4K!

GAYA HIDUP
January 28, 2018 - 09:15 AM


Selepas melancarkan DJI Osmo Mobile 2, syarikat yang famous dengan dron yang power ini telah melancarkan DJI Mavic Air.

Ramai youtuber telah memberikan respon dan review yang sangat positif terhadap model terbaru ini. Manakan tidak, drone ini bersaiz agak kecil, kompak dan ringan serta dikuasakan dengan spesifikasi yang tinggi.

Casey Neistat Pun Suka Dengan Mavic Air Ni... 

DJI Mavic Air disertakan dengan kamera beresolusi 4K, manakala ketika penerbangan dan pergerakan, ia mampu memberikan gambar beresolusi 12-megapixel.

Selain daripada itu, pengguna boleh merakan video 1080p dalam paparan 120fps untuk mendapakan footage slow-mo dan 30fps untuk video 4K. Disertakan dengan 3 axis gimbal, secara tidak langsung, gambar dan video yang terhasil adalah lebih stabil.

Dari segi masa penerbangan, DJI Mavic Air mampu bertahan selama 21 minit diudara dengan kelajuan sehingga 67.6 km/h. Dalam erti kata lain, model terbaru ini mampu terbang dengan lebih laju berbanding DJI Mavic Pro.

Perbandingan size antara model DJI sebelum ini...

DJI Mavic Air mungkin adalah drone kompak yang terbaik sekarang kerana ia memaparkan ciri-ciri terbaik dari kedua-dua Mavic Pro dan Spark menjadi faktor bentuk yang padat dan padat. Telah diumumkan baru-baru ini dan jika anda berminat, anda boleh membuat pesanan terlebih dahulu di Malaysia.

Drones kaki ada sediakan pre-order namun semasa kami masuk laman web mereka, dah sold-out.  Tapi, kalau nak survey, harganya adalah di bawah di drones kaki. 

ataupun set dengan propeller tambahan dengan menambah RM 1000.