eBelia Rahmah: Bantuan RM200 Kepada Anak Muda Malaysia Bermula 26 Jun. Ini Cara Untuk Korang Tebus!

GAYA HIDUP
June 21, 2023 - 07:41 PM


Berita baik buat warganegara Malaysia. Adakah anda salah seorang yang akan mencecah usia 18 hingga 20 tahun bermula tahun 2023?

Sekiranya anda dilahirkan pada 2003 hingga 2005 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di IPT dalam negara -- justeru anda layak untuk menikmati manfaat daripada program eBelia Rahmah.

Bagi anak muda yang berkelayakan -- berikut dikongsikan maklumat berkaitan termasuk Cara Daftar Dan Tebus RM200 Kredit eWallet buat rujukan semua.

TEMPOH MENDAFTAR

  • Anda boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun ini pukul 8 pagi.
  • Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.

CARA MENDAFTAR

  • Golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch 'n Go eWallet.


CARA PENEBUSAN RM200

  • Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara 'offline' hingga 31 Ogos 2023
  • Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.
  • Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan

Untuk rekod -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Februari lepas memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, melibatkan peruntukan RM400 juta.

Destination: