Evian Kongsi Koleksi Terbaru Botol Air Virgil Abloh x SOMA

GAYA HIDUP
February 11, 2019 - 03:31 PM


Kalau korang ke kedai serbaneka, mesti perasan jenama Evian di dalam peti sejuk kan? Evian ni memang ternenal sebagai pengeluar air mineral dari pelbagai sumber berdekatan Evian-les-Bains di Tasik Geneva, Perancis. 

Bersempena dengan New York Fashion Week baru-baru ini, evian telah berkongsi kolaborasi pertama mereka dengan pereka terkenal Virgil Abloh.

Selepas menyertai Evian sebagai penasihat kreatif pada Disember lalu, Virgil Abloh telah menegeluarkan rekaan kolaborasi terbarunya bersama syarikat tersebut selain kerjasama bersama SOMA untuk mengeluarkan botol kaca yang boleh digunakan semula.

Botol edisi terhad bersaiz 17oz berkenaan diperbuat daripada kaca dan mempunyai penutup buluh dan lengan silikon sebagai pelindung dengan jenama ‘Evian’ tertulis dibagian tepi botol bersama tulisan ‘RAINBOW INSIDE’.

Difahamkan, tulisan berkenaan didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu ungu, pink, biru muda dan biru tua.

Dari segi harga, masih belum diumumkan tetapi botol ‘biasa’ SOMA dijual pada harga USD 30 (RM 122). Tak tahulah berapa harga yang akan diletakkan untuk botol edisi Virgil Abloh ni... 

Botol limited edition Evian x Virgil Abloh x SOMA ini hanya boleh didapatkan secara eksklusif di laman web Matchesfasion sahaja.