
Fast And The Furious 9 Mula Penggambaran Februari Nanti – Vin Diesel
GAYA HIDUPNampaknya mungkin francais Fast and Furious membawa ke siri ke-10. Pengumuman berkaitan Fast Furious 9 ni diumumkan sendiri oleh Dom. Watak utama yang dibawakan oleh Vin Diesel.
Menerusi satu video pendek di Instagramnya, Vin Diesel menjelaskan penggambaran Fast and Furious 9 akan berjalan pada Februari nanti dan produksinya akan bermula di London.
Kapsen Dom ringkas je “ Crew heads out to London next month for the next chapter…#FAST9 “
Dan... semestinya pada ruangan komen video tersebut, ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan sekuel daripada siri Fast and Furious ni.

Walaupun, boleh dijangkakan kebanyakan watak akan membuat penampilan sekali lagi tapi tak pasti sama ada ‘The Rock’ Dwayne Johnson dan Jason Statham akan ada dalam filem Fast9 ini untuk membawa watak Hobbs dan juga Shaw.
Katanya duo berkenaan tengah sibuk membuat penggambaran untuk satu filem spin-off Hobbs And Shaw yang dijadualkan keluar pada 26 Julai 2019.
Dengar cerita, penulis screen play dan pengarah pun bertukar. Pengarah veteran Justin Lin yang sebelum ni buat Fast 5, Fast & Furious dan beberapa lagi siri francais berkenaan.
Dalam banyak-banyak, scene ni paling style!
Apa-apa pun, kita tunggu ajelah Fast 9 ni nanti ye.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video