Filem Animasi Popular Tahun 90'an Keluang Man Akan Ke Pawagam

GAYA HIDUP
September 29, 2017 - 01:58 PM


Biar betul ni? Kartun animasi popular Keluang Man akan ke pawagam?

Nampaknya begitulah! Berita baik ini boleh anda lihat di posting producer filem tersebut iaitu Aziz M. Osman.

 

Walaupun tiada caption berkenaan poster teaser Keluang Man tersebut, namun di poster tersebut menunjukkan yang syarikat produksi Ace Motion Pictures yang akan producekan filem ini.

 

Tapi.... Jangan happy dulu. Sebabnya, status filem Keluang Man ini masih menjadi tanda tanya kerana, menurut artikel yang dikeluarkan Cinema Online sebelum ini ada mengatakan yang KRU Studios melalui Yusry dan Azhar Sulaiman yang akan membawakan Keluang Man ke pawagam. Mungkin mereka merujuk kepada posting yang bertarikh 25 Mei ini di FB Azhar Sulaiman.

 

Di inspirasikan oleh Batman, sesiapa yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tak kenal siapa tu Keluang Man. Keluang Man ni bukanlah sekaya Bruce Wayne. Lelaki di sebaliknya iaitu Borhan adalah sorang pesakit mental di Hospital Bahagia, Tampoi. Manakala, sidekick dia.. Tiong Man pulak ialah Samad. Juga seorang pesakit mental di hospital sama.

 

Harapnya, pihak produksi dapatlah cari pelakon yang ngam dengan dua watak ni. Kalau tak, kecewalah peminat Keluang Man nanti…

 

p/s: Korang agak – agak siapa yang sesuai eh?

 

 

Sumber : The Malay Mail Online | Facebook