Filem Bad Genius Mampu Kembalikan Nostalgia Zaman Sekolah Anda

GAYA HIDUP
August 17, 2017 - 10:40 AM


FIlem - Filem dari Thailand memang tak pernah mengecewakan. Dari kisah seram hinggalah kisah lucu nampaknya semua menjadi. Itu belum dikira iklan dan filem pendek diorang lagi. Iklan diorang pun bleh buat kita menangis.

Minggu ni filem terbaru dari Thailand mula di tayangkan di pawagam - pawagam di Malaysia yang berjudul "Bad Genius". Nampaknya filem ini mendapat kritikan yang cukup positif dalam kalangan natizen.

Banyak yang memberi rating yang agak tinggi untuk filem ini.

Semalam aku berkesempatan untuk tonton filem ni di TGV Sunway Pyiramid, agak lewat juga aku ambil waktu tontongan dalam jam 11.30mlm. Mata dah mula layu waktu tu setelah penat seharian di pejabat.

Tapi disebabkan banyak natizen yang memberi reaksi yang positif tentang filem ini, aku gagahkan jua ke TGV. 

Filem yang berdurasi selama 2 jam ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah genius bernama Lynn yang baru saja berpindah ke sebuah sekolah elit dengan tajaan biasiswa penuh. Di sekolah elit tersebut, Lynn menjalin persahabatan dengan seorang budak yang bermasalah dari segi akademik iaitu Grace.

Menjadi seorang pelajar di sekolah elit dengan biasiswa penuh dan mempunyai otak genius. What more can you ask for, right? Well here’s the twist.

Lynn mula menolong Grace meniru dalam peperiksaan mereka setelah mendapat tahu ada segelintir guru yang mengajar di sekolah tersebut membocorkan soalan peperiksaan bagi mereka yang mengikuti kelas tuisyen mereka.

Teman lelaki Grace, Pat pula kemudiannya memberi tawaran kepada Lynn untuk menolong dia dan rakannya meniru dalam peperiksaan sekolah yang lain. Sebagai upah, Lynn akan diberikan wang habuan yang banyak. Kaching!

Semuanya berjalan dengan lancar dan Lynn pun mendapat wang yang dijanjikan oleh Pat. 

 

But all good thing must come to an end. Aktiviti meniru mereka telah dikantoikan oleh seorang pelajar cemerlang di sekolah tersebut, Bank yang telah melaporkan aktiviti Lynn kepada guru besar.

Biasiswa Lynn digantung dan ini turut menjejas peluang Lynn untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di luar negara kelak dengan biasiswa. Sedih. Punah harapan Lynn waktu ni. Nak jadi kaya raya punya hal.

Tapi operasi mereka tidak terhenti begitu saja, Pat dan Grace kemudian mengajak Lynn for one last ride. Kali ini melibatkan peperiksaan STIC yang penting bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Habuan wang yang dijanjikan kali ini lebih lumayan dari sebelumnya hingga mencecah jutaan Baht. Fuhhh! Kurang yakin dengan kebolehan dirinya untuk menjayakan operasi kali ini, Lynn meminta tolong Bank dengan menjanjikannya sebahagian dari wang habuannya.

Aku suka tgk watak Grace 

Fuhh agak mendebarkan sebenarnya bila tengok filem ni. Lagi-lagi part meniru masa exam. Gila gempak. 

So, apa ending yang berlaku dalam filem ni? Nak tahu sila ke pawagam yang berhampiran. Gerenti tak kan menyesal punya. 

So far ini adalah antara filem yang berbaloi untuk di tonton setakat ini di minggu ini. Aku nak komen part ending tapi takut terbagi spoiler lah pulak.

PS: Aku bagi 9/10 untuk filem ini sebab jalan cerita menarik dan pelakon-pelakon yang cantik dan helok. Next kita akan review filem dari Korea pulak The Battleship.