Four Seasons Lancar Kedai Online, Anda Kini Boleh Beli Barangan Hotel Mewah

GAYA HIDUP
November 12, 2019 - 11:26 AM


Rangkaian atau jenama Four Seasons Hotels and Resorts merupakan sebuah nama yang gah sebagai rangkaian hotel mewah dan mempunyai lebih dari 100 buah hotel di seluruh dunia.

Walau dimana Four Seasons Hotels dan Resorts ini berada, satu perkara yang pasti adalah mereka akan menyediakan pengalaman penginapan yang mewah dan ini termasuklah penggunaan barangan seperti tilam, tuala dan pelbagai lagi yang berkualiti tinggi.

Terbaru; rangkaian Four Seasons Hotels and Resorts melancarkan sebuah laman beli belah online dan ini bermakna; pengunjung dan tetamu hotel berkenaan boleh ‘membawa pulang’ barangan eksklusif jenama berkenaan ke rumah.

Online store Four Seasons ini menampilkan koleksi signature hotel berkenaan untuk kegunaan harian. Bermula dengan katil, Four Seasons juga membolehkan kita untuk membeli koleksi yang mereka gunakan untuk set bilik tidur mereka seperti alas tilam kapas, bantal dan pelbagai lagi aksesori yang semestinya memberikan tidur yang selesa seperti apa yang tetamu mereka alami di hotel.

Selain set kelengkapan tidur tadi, Four Seasons ada juga menawarkan tuala dan bath robe pelbagai jenis yang digunakan di hotel mereka. Ada robe untuk mandi, robe spa dan juga robe untuk kanak – kanak.

Menarik juga ni, tapi, awal - awal cakap lah. Bukan murah ye. Misal contoh, set bath robe untuk kanak - kanak tu dijual pada USD 149 (RM 617).