Fungsi Terbaru Waze Sedia Laluan Lebih Sesuai Untuk Penunggang Motorsikal

GAYA HIDUP
December 04, 2017 - 11:19 AM


Untuk bergerak menggunakan kenderaan sendiri hari ini, adalah lebih mudah jika menggunakan alat navigasi ataupun aplikasi navigasi. Dengan keadaan jalan yang berlubang sana sini serta beberapa papan tanda yang kurang tepat atau terlindung, pelbagai aplikasi navigasi dikatakan mampu memudahkan perjalanan.

Salah satu daripadanya ialah aplikasi Waze. Bukan sahaja digunakan untuk sampai ke satu lokasi, waze juga mampu mengelak jalan yang sesak dan turut digunakan oleh penunggang motorsikal.

Di Kuala Lumpur, terdapat 2.5 juta pengguna aktif yang berkongsi maklumat di aplikasi Waze ini. Walaupun pengguna motorsikal mungkin bahaya untuk mengunakan aplikasi ini, kerana menunggang motorsikal sambal tengok skrin adalah sangat bahaya.

Bagi penungang motorsikal, mereka perlu menggunakan earphone untuk lebih mudah gunakan waze, namun masalah akan timbul apabila tiba di lorong khas motorsikal. Waze tidak dapat nak detect dan kadang-kala meminta penunggang untuk berpatah balik padahal itu memang laluan motorsikal.

Bagaimanapun, masalah tersebut akan selesai apabila Waze telah memperkenalkan mod pemanduan motorsikan dalam fungsi dan kemaskini terbaru mereka.

Untuk mengaktifkan fungsi pemanduan motorsikal ini, pengguna perlu ke bahagian setting > navigation > vehichle type > motorcycle.

Apa yang menarik tentang fungsi ini adalah, ia mampu menyediakan laluan yang lebih sesuai digunakan oleh motorsikal. Ini termasuklah lorong-lorong ‘tikus’ yang tidak boleh dilalui oleh kereta. Selain itu, waze turut menyediakan masa ketibaan khusus untuk mereka.

Walaupun pihak Waze masih belum menyatakan negara mana yang bakal menikmati fungsi ini, Waze Malaysia ada mengumumkan fungsi terbaru ini, dan aplikasi Waze di telefon kami ada fungsi yang dinyatakan.

Nanti nak test lah, tengok betuk ke tidak…

 

Sumber : RojakDaily