Gadis Ini Hasilkan Pokok Miniature Dengan Menggunakan Kertas

GAYA HIDUP
October 11, 2017 - 05:30 PM


Cabang seni itu sangat luas dan menarik untuk kita terokai. Bila sebut pasal seni, kita mesti terbayangkan lukisan yang cantik ataupun arca.

Lain pulak kisahnya di Barcelona. Gadis ini memilih kertas sebagai seni. Jika kita lihat di youtube, kita akan jumpa seni guntingan kertas. Hanya dengan menggunakan kertas dan gunting, mengikut kreativiti mereka sendiri, mereka akan menterjemahkan kertas tersebut kepada sesuatu hasil seni yang sangat luar biasa.

Kalau di Malaysia, trend masa kini adalah memiliki terrarium pokok. Iaitu tanaman seperti kaktus dan lain-lain tumbuhan yang diletakkan didalam bekas kaca kemudian akan dihias dengan sangat cantik. Di Barcelona pula, Raya Sader Bujana ini memilih untuk membuat terrarium ini menggunakan kertas.

 

Dengan skill yang beliau ada, beliau berjaya menghasilkan hasil kraftangan berbentuk mini dan terdapat beberapa tumbuhan eksotik yang mampu dibuat olehnya menggunakan kertas.

Bergantung kepada saiz pokok, misalnya yang paling kecil berukuran kurang daripada satu inci. Walaupun bersaiz kecil, tetapi untuk sesebuah tumbuhan, beliau perlu mengambil masa 5 hingga 20 jam bagi menyiapkannya.

 

Kalau kita lihat, hasil kerja Bujaya ni memang terperinci. Patutlah makan masa 20 jam! Oh, anda juga boleh membeli hasil kerja beliau ini di Etsy. Cari sahaja LittleRayOfSunflower, tapi jangan terkejut pulak tengok harga dia... 

 

 

Sumber : Boredpanda | Instagram