Undang-Undang ‘Pelik’ Luar Negara – Anda Boleh Dipenjarakan Semasa Melancong

GAYA HIDUP
April 18, 2019 - 01:29 PM


Percutian merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang kerana ia boleh dikatakan sebagai terapi untuk menghilangkan atau mengurangkan tekanan, kebiasaannya melibatkan kerja lah.

Selain boleh menghilangkan tekanan, banyak perkara baru boleh dipelajari ketika bercuti, lagi-lagi kalau ke luar negara. Boleh belajar tentang budaya dan sebagainya.

Tourist Police di Thailand

Namun, suka kami nak ingatkan, bila berada di tempat orang atau negara orang ni, tolonglah hormati dan patuhi segala peraturan setempat.

Sebut pasal peraturan, tahu tak ada beberapa peraturan ‘pelik’ dan memang termaktub dalam undang-undang sesebuah tempat. Kalau langgar, kemungkinan besar kita boleh dipenjarakan mahupun dedenda.

Berikut adalah undang-undang yang perlu anda ketahui sebelum ke tempat-tempat dinyatakan :

#1. Kehabisan Minyak Di Lebuh Raya Jerman

Setakat mematuhi had kelajuan, itu undang-undang biasa yang ada di setiap negara, tapi tahukah korang kalau kehabisan minyak di lebuhraya di Jerman, ianya adalah satu kesalahan?

Kalau kereta korang kehabisan minyak di lebuhraya Jerman, ianya adalah salah satu dari kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Sebabnya, di highway Jerman ni, diorang tiada had laju maksima. Ya, mereka boleh membawa selaju yang mungkin di lebuh raya mereka. Jadi kalau tiba-tiba kereta kehabisan minyak, ia secara tak langsung boleh mengundang kemalangan.

 

#2. Jangan Pakai Kasut Tumit Tinggi Di Kawasan Bersejarah Greece

Lupakan niat untuk ‘melaram’ untuk Instagram korang dengan memakai kasut tumit tinggi eh. Perbuatan memakai heels di kawasan bersejarah adalah dilarang sama sekali.

Mulai tahun 2009, larangan memakai kasut tumit tinggi telah dikuatkuasakan untuk melindungi dan menjaga seni bina bersejarah di sana. Dikatakan tekanan dari kasut tumit tinggi boleh merosakkan kawasan.

Pakailah sneakers, nak berjalan jauh pun selesa. Ye tak?

 

#3. Pakaian Dalam Kurang Dari 6% Cotton Diharamkan Di Beberapa Negara

Memang ianya bergantung kepada keselesaan pemakai, namun sejak 2013 undang-undang di Russia, Belarus dan Kazakhstan melarang penjualan pakaian dalam  yang tidak diperbuat daripada kain kapas.

Alasan yang digunakan adalah untuk tujuan kesihatan kerana khuatir kulit tidak boleh ‘bernafas’ jika pakaian dalam tidak diperbuat dari kapas dan syarat yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya mempunyai 6% kain kapas.

 

#4. Perancis Hanya Benarkan ‘Speedo’ Di Kolam Renang

Bukanlah pelik sangat tapi peraturan ni digunapakai oleh kebanyakan hotel sekarang selain di Malaysia. Disini ada kelonggaran sikit, tapi bergantung pada hotel jugak.

Di Perancis, peraturan ni dikenakan di seluruh negara. Hanya seluar jenis ‘speedo’ atau seluar renang berbentuk spender dan ia berkaitan dengan alasan kebersihan. Jadi, kalau ke Perancis, jangan bertekak kalau korang kena halau dari pool sebab pakai swimming trunks biasa yang macam seluar tu ye.

 

#5. Chewing Gum Tidak Dibenarkan Di Singapura dan Thailand

Di Thailand, jika korang didapati bersalah membuang gula-gula getah bersepah korang akan dedenda lebih kurang RM2200 atau dipenjarakan sekiranya tidak membayar denda berkenaan.

Sama juga di Singapura, penjualan chewing gum adalah diharamkan sama sekali melainkan ia adalah untuk tujuan pergigian ataupun yang mempunyai nikotin dan Singapura telah mengharamkan penggunaan gula-gula getah sejak dari tahun 1992 lagi.

 

#6. Tidak Dibenarkan Membuang Air Di Dalam Laut Portugal

Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi ia merupakan undang-undang di Portugal. Air kecil tidak boleh dibuang ketika mandi di mana-mana laut dan pantai disana.

Bagaimana perlaksanaan ia dijalankan pun tidak pasti namun ia memang tidak dibenarkan. Kalau nak jadi yang pertama dari Malaysia yang ‘kantoi’ cubalah. Nak tahu juga macam mana diorang ‘detect’ korang kencing dalam laut ke tidak. Hehe.

 

#7. Pakaian Renang Hanya Boleh Dipakai Di Pantai – Barcelona

Di Barcelona, pemakaian pakaian renang di kawasan lain selain di pantai adalah salah di sisi undang-undang dan ia mula dilaksanakan pada tahun 2011.

Penduduk tempatan yang sememangnya tidak gemar akan pelancong ini membuat aduan sehinggakan pihak berkuasa terpaksa melaksanakan undang-undang dan kempen untuk menjaga reputasi bandar berkenaan.

 

#8. Jangan Pijak Duit Di Thailand

Thailand sangat mengangkat tinggi institusi di-Raja mereka. Jadi, sebarang bentuk penghinaan terhadap raja mereka akan dihukum.

Menjadi satu kesalahan jika kita tidak menghormati gambar atau apa sahaja yang berkaitan kerabat negara tersebut dan undang-undang ini telah digunakan sejak 1908 lagi dimana ia melarang sesiapa sahaja untuk mempersoal, mengutuk mahupun tidak menghormati apa sahaja berkaitan kerabat Raja Thailand.

Di duit Baht ada memaparkan wajah Raja Thailand, jadi misal kata anda terpijak, atau sengaja memijak duit berkenaan, anda akan dikenakan tindakan undang-undang, jadi berjaga-jaga ya.

Sumber : Miror UK

Baca Juga :

PERATURAN BARU MASUK AUSTRALIA -