Galaxy Fold – Telefon Lipat Pintar Terbaru Samsung Akan Dijual Pada RM8,135

GAYA HIDUP
February 22, 2019 - 11:34 AM


Semenjak diperkenalkan kepada pasaran, tak banyak perkara yang boleh dijadikan ‘selling point’ syarikat-syarikat pengeluar. Balik-balik skrin besar, kamera paling jelas, paparan paling realistik dan sebagainya.

Kalau dulu, mungkin senang nak ‘ikut’ trend telefon pintar ni, tapi sekarang ni dia macam makin laju dan susah nak ikut. Kejap-kejap ada baru, kampeni A keluar phone 3 kamera, Kampeni B akan lawan. Sampailah mungkin satu hari, penuh kamera dekat bahagian belakang smartphone tu.

Namun, episod baru dalam inovasi teknologi telefon pintar dah sampai guys! Dalam acara Samsung Unpacked di San Francisco Rabu lepas, Samsung secara rasmi memperkenalkan Galaxy Fold – telefon pintar dengan paparan LED yang boleh dibuka-lipat.

Apa yang kami faham, ia adalah telefon pintar PERTAMA dengan skrin paparan utama besar. 7.3 inci Dynamic AMOLED Infinity Flex Display. Bahasa mudahnya, smartphone dengan tablet, disatukan.

Apa yang menarik, paparan hadapan adalah 50% lebih nipis daripada telefon pintar biasa. Walaupun flexible, ia tahan lasak. Memang jurutera Samsung mereka peranti berkenaan untuk mudah dibuka dan ditutup – macam buku.

Terdapat 4 pilihan warna; Martian Green, Astro Blue, Space Silver dan Cosmos Black. Yang ‘best’ pasal Galaxy Fold ni, dia boleh mainkan 3 aplikasi secara serentak di panel utama.

Nak buat kerja sambil tengok video nanti boleh lah.

Feature lain Galaxy Fold ialah ia didatangkan dengan speaker jenama AKG, 3 kamera belakang, 2 kamera depan, bateri berkapasiti 4,380mAh dan paling penting 12GB RAM.

Kalau nak diikutkan, ia akan mula dijual pada pertengahan tahun dan harga adalah $1,980 (~RM8,135).

Amacam? Boleh ‘pegi’ ke produk terbaru Samsung ni nanti?

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video