GFRIEND Asia Tour 2019 Meriah – 4 Ribu Buddy Serbu Stadium Malawati!

GAYA HIDUP
July 02, 2019 - 02:58 PM


Kumpulan GFRIEND yang buat pertama kali membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 2014 ternyata mendapat sambutan luar biasa peminat mereka yang digelar ‘Buddy’.

Membawakan 25 buah lagu, GFRIEND yang dianggotai oleh SinB, Umji, Yerin, Yuju, Eunha dan Sowon ternyata berjaya menggembirakan sejumlah 4,300 BUDDY yang menanti kehadiran kumpulan kesayangan mereka.

Membawakan 25 buah lagu, GFRIEND tampil dengan pemakaian warna ceria berwarna pastel membawakan lagu seperti Me Gustas Tu, Life Is A Party & Vacation di pembukaan konsert membuatkan stadium gamat dengan sorakan penonton.

Selama tiga jam, konsert pertama mereka di Malaysia ini sememangnya lengkap dengan tarian comel setiap anggota, prop dan sebagainya. Dah macam tonton muzik video mereka dah!

Teruja dengan kunjungan pertama ke Malaysia, GFriend cuba untuk berkomunikasi dengan peminat dan keenam-enam mereka tidak kekok menyapa peminat dengan frasa Bahasa Melayu seperti ‘Terima Kasih, Serok Tak dan ada juga ‘Baby Sayang’.

Memasuki jam kedua, GFriend mengubah imej dan rutin tarian mereka dan ini mendapat pujian dari Buddy kerana menunjukkan kematangan kumpulan berkenaan.

Semalam (1 Julai), GFriend telah melancarkan mini album ketujuh mereka dengan single bertajuk ‘Fever’.

2019 Gfriend Asia Tour [Go Go Gfriend!] di Kuala Lumpur ini dibawakan oleh Macpiepro. 

Jom layan single terbaru mereka ni, Fever~