Graphic Cards Terbaru Dari Nvidia Merecik Habis! Gamers Meloncat Kegembiraan

PILIHAN EDITOR
September 02, 2020 - 12:19 PM


Kalau anda PC Gamer atau baru nak buat PC sendiri, dah pasti anda pernah dengar khabar angin mengenai graphic card terbaru daripada Nvidia. Dah berbulan-bulan orang buat spekulasi mengenai spesifikasi graphic card baru dari Nvidia ni termasuklah harga card tersebut. Tapi semua persoalan telah terjawab malam tadi apabila Nvidia mengumumkan siri RTX 3000 secara rasmi.

Dikuasakan oleh Ampere, generasi ke-2 dalam architecture RTX, siri RTX 3000 datang dengan 2nd gen Ray Tracing Cores, 3rd gen Tensor Cores, dan multiprocessors untuk streaming. Ia juga merupakan graphic card pertama yang:

  • Mempunyai sehingga 24 GB GDDR6X VRAM
  • HDMI 2.1
  • AV1 codec
  • Refresh rate yang tinggi untuk 4K dan 8K gaming

Tak faham dengan term-term di atas? Jangan risau, min cuba nak tunjukkan apa improvement baru dalam card ni. Dan memang impressive guys teknologi dia. Tapi untuk kali ni min akan cuba tulis dengan lebih simple dan fokus kepada kad dan harga di pasaran.

CEO Nvidia, Jensen Huang mengumumkan dengan rasmi ketibaan graphic card siri RTX 3000 yang terdiri daripada Nvidia GeForce RTX 3070, Nvidia GeForce RTX 3080, dan juga RTX 3090. Nampak macam tak banyak tapi ini hanyalah buat waktu ni saja, pada masa terdekat mungkin ada lagi kad baru yang akan diumumkan.

 

Nvidia GeForce RTX 3090

Graphic card paling power dalam dunia buat masa ni. Kalau sekarang ni korang tengah excited dengan 4K gaming, kad ni boleh main game sampai 8K 60fps guys! RTX 3090 mempunyai 10, 496 CUDA Cores dan 24 GB GDDRX6X VRAM.

Harga: Bermula pada $1499 (RM 6220.10)

Tarikh Keluar: 24 September 2020

 

Nvidia GeForce RTX 3080

Kalau sekarang ni graphic card paling power adalah RTX GeForce 2080 Ti, bayangkan performance RTX 3080 ni dua kali ganda lagi mantap! Dilengkapi dengan 8,704 CUDA Cores dan 10 GB GDDR6X.

Harga: Bermula pada $699 (RM 2900.50)

Tarikh Keluar: 17 September 2020

 

Nvidia GeForce RTX 3070

Walaupun tak segempak dua card di atas, namun performance dia jauh lebih bagus daripada Turing Card (RTX 20 Series). Dan harganya yang rendah membuatkan kad ini kemungkinan besar akan habis stok bila keluar nanti. Kerana harganya yang murah, anda boleh dapat performance yang sama seperti RTX 2080 Ti. Gila! Sangat sesuai untuk anda yang sekadar gaming pada resolusi 1080p dan 1440p. Ia dilengkapi dengan 5,888 CUDA Cores dan 6 GB GDDR6.

Harga: Bermula pada $499 (RM 2070.60)

Tarikh Keluar: Oktober 2020

 

Jadi itulah dia 3 graphic card terbaru dari Nvidia. Walaupun orang ramai complain dengan harganya yang agak mahal, namun memang tak dinafikan teknologi yang ada dalam setiap kad ni memang impressive. Ini adalah performance Ampere card berbanding Turing.

Kalau ikut pengalaman min, once tiga kad ni dah masuk Malaysia, harga memang akan melambung lagi mahal. Jadi anda kena expect harga akan naik dari RM 500 – RM 2000. Gila mahal kan dah masuk Malaysia? Tapi itulah hakikatnya.

Ada banyak lagi feature menarik yang min boleh sentuh seperti Ray Tracing dan Broadcast App. Tapi min tunggu sampai kad ni keluar dulu dan tengok performance berdasarkan game yang dimainkan. Boleh min bagi screenshot dan tunjukkan teknologi baru dari kad Ampere ni okay?

Jadi macam mana nak tengok PC anda boleh upgrade ke tidak? Boleh rujuk gambar di bawah ni. Jom sama-sama kumpul duit beli graphic card idaman!

 

Sumber: nvidia.com