Guna Cara Ini Untuk Dapatkan Barang Jauh Lebih MURAH Bila Shopping Online, Korang Kena Cuba!

GAYA HIDUP
October 20, 2021 - 03:07 PM


Setuju atau tidak, kesan PKP selama 2 tahun sememangnya memberi impak yang besar kepada kita semua. Hampir 90% rutin harian kira berubah sekelip mata. Walaupun sudah terbiasa dengan kehidupan normal baharu, namun masih lagi ramai di antara kita sedaya upaya cuba untuk sesuaikan diri dengan gaya hidup yang sering berubah ini. 

Salah satu cara hidup yang nampak sangat ketara adalah perniagaan. Tak kisah sama ada penjual atau pembeli masing-masing terkesan. Oleh itu, mahu atau tidak kita terpaksa bermutasi supaya hidup kita seiring dengan peredaran masa. 

Pemasaran secara digital kini menjadi pilihan untuk mensasarkan produk masing-masing. Pembeli juga termasuk kita semua lebih selesa dengan membeli di atas talian sahaja. Namun, dengan peningkatan yang begitu ketara ini membuatkan penipuan serta kos membeli secara online semakin bertambah. 

Secara tidak sedar, kita begitu seronok membeli belah dengan hujung jari sahaja sehingga duit dalam akaun sendiri semakin tenat. Memang seronok bila dapat beli barang yang kita nak tu sambil lepak depan tv sahaja kan. Sedar-sedar je duit dah habis. Garu kepala masa tu dah tiada guna!

Kita sebagai manusia berakal kena bijak mencari peluang yang ada untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Shopping dalam talian juga perlu bijak kerana jika kena dengan cara kita boleh dapat jauh lebih murah barang yang kita nak serta kualiti yang bagus.

Promo Code & e-Vouchers

Salah satu cara untuk dapat harga yang jauh lebih murah apabila beli secara online adalah dengan menggunakan baucar serta peka dengan promo kod yang diberikan oleh sesetengah website. Sudah banyak website - website popular sekarang menawarkan servis ini. Cuma kita je terlalu malas sahaja nak menggunakannya. 

Dengan menggunakan promo kod dan e-baucar ni korang sebenarnya boleh dapat harga lebih rendah sehingga 15% potongan harga. Rilek ini bukan scam yer, kalau korang cuba mesti korang akan nampak hasilnya. Tak susah pun nak dapatkan kod promo dan e-Baucar ni guys

Shopee e-Voucher 

Tahu tak jika korang membuat pembelian menerusi Shopee korang boleh dapatkan 10% OFF dengan harga asal? Ya menggunakan kod promo dan e-baucar ni harga jauh lebih murah. 

Lazada e-Voucher 

Dengan pembelian di Lazada pula korang juga boleh dapatkan lebih 10% OFF untuk mana-mana barang berjenama yang korang berkenan. 

Watsons e-Voucher

Sudah pasti Watson menjadi pilihan untuk ramai orang terutama dalam membeli barang-barang peribadi serta penjagaan diri sendiri kan? Ini kerana Watson menawarkan banyak produk penjagaan diri yang bagus dari luar negara. Menggunakan kod promo dan e-baucar korang boleh dapat lebih 10% OFF juga!

Zalora e-Voucher

Zalora merupakan antara tempat yang terbaik untuk membeli pakaian cantik dan berkualiti. Walaupun kita banyak habiskan masa di rumah, kita tetap perlukan pakaian yang selesa untuk dipakai. Sesekali apabila keluar rumah nak juga merasa diri kita sentiasa mengikut trend fesyen terkini kan? Korang boleh dapat lebih 10% OFF dekat Zalora.

Grab Food e-Voucher

Membeli makanan secara online juga sudah menjadi rutin harian kita, Oleh itu, lebih 10% OFF juga korang boleh dapatkan menggunakan e-baucar ini. 

Selebihnya, banyak lagi tempat-tempat shopping yang korang boleh dapatkan dengan harga murah ini. Antaranya:

  • Grab Mart e-Voucher (up to 10% OFF)
  • Grab Ride e-Voucher (up to 15% OFF)
  • Giant e-Voucher (up to 10% OFF)
  • Tesco e-Voucher (up to 10% OFF)
  • Shell e-Voucher (up to 5% OFFF)
  • Petronas e-Voucher (up to 10% OFF)
  • Razer Gold e-Voucher (up to 5% OFF)
  • Steam wallet e-Voucher (up to 15% OFF)

Mana Nak Dapatkan e-Voucher?

Korang boleh dapatkan e-Voucher ini dengan hanya memuat turun Apps ZCITY dekat smartphone korang. Boleh klik link di bawah untuk download ya!

Download Aplikasi ZCITY: https://zcity.onelink.me/XY7w/e734812d

Apa benda ZCITY ni?

ZCITY ini merupakan instant rebate dan cashback app yang membolehkan pengguna menikmati transaksi dan ganjaran yang banyak apabila membuat bayaran di atas setiap pembelian secara online di laman web yang di senaraikan seperti di atas tadi. 

ZCITY juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil dengan cara mengimbas QR kod di kedai (bukan e-wallet app). 

Tak perlu link kepada mana-mana kredit kad atau debit kad korang untuk aplikasi ZCITY ni. Lebih selamat kan? Korang hanya pilih cara pembayaran e-wallet (TNG, Boost, GrabPay, FPX) sahaja.

Senang kan? Jika korang guna ZCITY ini korang boleh dapat diskaun secara terus dengan setiap transaksi yang dilakukan, malah korang juga boleh kumpul mata ganjaran untuk menebus lagi diskaun yang ditawarkan. 

So guys, apalagi enjoy je shopping online tapi kena bijak ya DOWNLOAD APPS ZCITY sekarang!