Hati-hati! Korang Yang Tengok TV Lebih 8 Jam Sehari Ada Risiko Kena Strok

GAYA HIDUP
August 20, 2021 - 08:55 PM


PKP ni banyak tengok TV? Bahaya ke tak?

Bila kebanyakan masa yang terluang sekarang diluangkan di rumah, min tahu mesti ramai yang luangkan masa dengan menonton televisyen, namun mungkin korang harus berpada-pada dengan jumlah jam tontonan korang sebab sebuah kajian yang dijalankan di Ontario menunjukkan golongan dewasa yang menghabiskan masa lebih lapan jam sehari menonton televisyen mempunyai risiko tujuh kali lebih tinggi untuk diserang strok.

Kajian tersebut dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Calgary, Ontario itu memantau tahap kesihatan dan gaya hidup sebanyak 143,000 orang dewasa secara purata selama 9.4 tahun bagi setiap responden.

Kumpulan penyelidik mendapati, sebanyak 2,965 kes strok berlaku dalam tempoh tersebut dengan kadar lebih tinggi melibatkan responden yang menghabiskan lebih banyak masa melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, membaca buku dan bermain permainan video, dan situasi itu juga berlaku terhadap responden yang kurang bersenam.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, golongan dewasa di negara itu menghabiskan masa secara purata 10.5 jam setiap hari dengan menonton televisyen, melihat telefon atau komputer dengan kebanyakan melibatkan mereka yang berusia 50 hingga 65 tahun.

Kajian terdahulu menunjukkan lebih banyak masa dihabiskan untuk melakukan aktiviti sedemikian, semakin tinggi untuk golongan dewasa menghidap penyakit kardiovaskular, termasuk strok, dan sembilan daripada 10 serangan strok berlaku disebabkan oleh faktor risiko seperti duduk terlalu lama.

“Aktiviti masa senggang seperti menonton tekevisyen dalam tempoh yang panjang semakin meningkat dalam kalangan penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada,” menurut kajian yang diketuai oleh pakar neurologi Universiti Calgary, Raed Joundi.

Aktiviti tersebut sering dilakukan dalam keadaan berbaring atau duduk, jadi selain menonton TV, korang jangan lupa untuk adaptasikan sekali aktiviti yang lebih aktif ke dalam rutin harian korang walaupun berada di rumah, supaya badan lebih cergas, yang turut dapat membantu kesihatan fizikal, dan mental secara keseluruhan. 

Sumber: UTUSAN ONLINE