Hukum Sambut Maulidur Rasul. Boleh Ke Tak?

GAYA HIDUP
October 07, 2022 - 03:02 PM


Setiap kali tibanya 12 Rabiul Awal umat Islam akan menyambut "Maulidur Rasul" iaitu bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pada tahun ini tarikh tersebut dijangka jatuh pada hari Ahad iaitu 9 Oktober 2022 dan Isnin 10 Oktober pula dijadikan sebagai Cuti Umum peristiwa.

Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dengan meriah oleh umat Islam di Malaysia dengan perarakan secara besar-besaran sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW serta beberapa pengisian program berunsur Islamik.

Semua sambutan itu adalah untuk menzahirkan rasa kesyukuran di atas kelahiran Rasulullah sebagai Nabi terakhir yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat.

Namun apakah sebenarnya hukum menyambut Maulidur Rasul ini -- kerana ada juga yang mengatakan ianya "Bidaah" disebabkan pada zaman Nabi Muhammad SAW sendiri ianya tidak dilakukan.

Jom kita ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hal ini.

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 

Ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Saya nukilkan sebahagian pendapat ulama:

1) Pertama: Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:

Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama.

2) Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan. Ia menggunakan hadis di bawah:

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ
Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa.

Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, begitu juga bagi ummatnya mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah atau melakukan perbuatan baik yang lain.

HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ADALAH "HARUS"

Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, sambutan Maulid al-Rasul adalah HARUS dan termasuk dalam BIDAAH HASANAH (bidaah: ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW, hasanah: hukumnya baik).

Sambutan adalah dibenarkan, tetapi hendaklah meraikannya dengan beberapa syarat utama -- antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
  • Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW.
  • Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Destination: