"Ibu, Telinga Kanan Adik Tetiba Rasa Sakit Sangat..!! Awas Anak Anda Mungkin Terkena Kutu Babi!

GAYA HIDUP
February 13, 2019 - 11:41 AM


"Ibu, telinga kanan adik tetiba rasa sakit sangat..!! - jerit anak kecil kepada ibunya"

AWAS..!! Anak anda mungkin terkena gigitan Kutu Babi di dalam telinga jika keadaan ini berlaku tanpa sebarang gejala telinga yang lain.

Kutu Babi atau nama lain yang seangkatan dengannya, Sengkenit / Cekenit / Tempiras / Pirah a.k.a Tick merupakan sejenis serangga Araknid (keluarga labah-labah) yang berkaki lapan & bersifat parasit luaran (ektoparasit).

Kebolehannya yang suka menghisap darah Mamalia, reptilia, burung & amfibia menyebabkan serangga ini mampu membesar sehingga 30 kali ganda dari saiz yang asal. Jadi tidak mustahil gigitan serangga ini SANGAT SAKIT sehingga boleh membuatkan seseorang tidak boleh tidur.

Kebiasaanya serangga ini sangat suka melekat bersama binatang peliharaan seperti kucing, ayam mahupun binatang ternakan. Maka menjadi satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang baru bersentuhan dengan binatang2 ini untuk membersihkan diri secara menyeluruh.

Tanda-tanda Terkena Kutu Babi

1) SAKIT telinga tanpa faktor penyebab yang lain (demam/bernanah/trauma), secara tiba-tiba (90%)

2) Telinga berdesing (5%)

3) Pening (5%)

RAWATAN AWAL 

Boleh titiskan ubat titis telinga (olive oil) untuk melemas & mematikan serangga ini. Anda nampak di sekitar cuping telinga atau saluran telinga dibahagian luar, boleh untuk keluarkan sendiri.

RAWATAN UTAMA

Seandainya tidak nampak, mungkin serangga ini berada kedalam atau dekat dengan gegendang telinga, segera jumpa Dr ENT untuk kami keluarkan menggunakan sistem kamera (endoscope/microscope) supaya tak berlaku kecederaan yang serius terutamanya pada gegendang telinga.

KOMPLIKASI

Jangan ambil mudah andai telinga digigit oleh serangga ini kerana antara komplikasi yang mungkin boleh terjadi dalam adalah muka senget (seperti dalam gambar) .a.k.a Facial paresis (5%)

Walaupun serangga ini sangat kecil, namun andai berkerjasama di dalam satu pasukan, ia mampu melemaskan seekor ular sawa.

Perkongsian dari Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul |