Pertama Kali Nak Belikan Hadiah Untuk Pasangan? Ini Barangan Yang Korang Boleh Dapatkan

GAYA HIDUP
February 14, 2019 - 08:01 AM


Sebut pasal nak cari hadiah, baik lelaki atau perempuan mesti ada masalah bila nak belikan sesuatu untuk pasangan masing-masing. Tak kiralah untuk hadiah ulangtahun ke, hadiah hari lahir ke, atau apa sahaja hari yang istimewa untuk korang dan pasangan.

Kebiasaannya, hadiah yang dibelikan berbentuk coklat ataupun bunga. Kalau tak pun, perfume. Kalau google idea hadiah untuk lelaki, atau idea hadiah untuk perempuan; rasanya bunga, coklat dan perfume mesti ada dalam senarai. Tak lari.

Jadi, untuk korang yang nak belikan hadiah untuk pasangan, tapi nakkan kelainan. Kami cadangkan korang belikan…

#1. Tumbuh-tumbuhan / Pokok

Dengar macam pelik kan? Jarang-jarang kan? Ha, korang belikan pokok untuk pasangan korang. Heyy, ini bukan pokok yang besar tu, pokok ni yang comel-ceomel boleh letak atas meja ataupun tanaman yang boleh hidup dalam rumah.

Selain menyegarkan rumah, dia mampu bagi ketenangan pada pasangan korang. Cuma jangan lupa siram lah, kang mati pulak. Contoh tanaman yang korang boleh dapatkan adalah; Pothos atau nama saintifiknya Epipremnum Aureum.

 

#2. Gift Card / Membership Card

Kadang kala, mungkin pasangan kita tu nakkan sesuatu, tapi dia segan nak mintak. Dan dia anggap kita faham apa dia nak. Tapi percayalah, kadang-kadang, pasangan kita ni ‘pembaris’ jugak. Tak dapat nak tangkap hint-hint yang diberikan.

Mudah je, kita kan dah selalu keluar bersama. Dapatkan gift card atau daftarkan keahlian dekat mana-mana outlet atau kedai rangkaian yang pasangan kita suka masuk. Jadi lepas ni, diorang boleh gunakan giftcard tu, atau gunakan kelebihan jadi member untuk dapatkan apa yang diroang hendakkan.

 

#3. Pakaian Tidur

Untuk lelaki, korang jangan ingat pakaian tidur wanita tu ‘baju kelawar’ je. Ada macam-macam dan banyak lagi jenis kat luar sana. Dan, untuk perempuan pulak, kalau korang tak kisah pasangan korang berkain pelekat tak berbaju, terpulang.

Tapi, point dia dekat sini, cuba belikan pasangan korang baju tidur yang selesa. Jadi, setidaknya tidur malam korang lena lah nanti.

 

#4. Percutian

Ini pun kedengaran agak cliché, cumanya korang kena pandailah selitkan elemen-elemen ‘manis’ sikit dalam percutian korang. Mungkin korang mintak pihak hotel hiaskan bilik kroang dengan bunga atau belon ke…

 

#5. Fitness Tracker

Eh? Kenapa tetiba Fitness Tracker? Sebabnya dalam kesibukan harian kita harini, jujur cakap kadang kala kita terlupa atau betul-betul tak ada masa nak pergi bersenam atau setidaknya jaga aktiviti kita seharian. Bukan apa, fitness tracker sekarang ni dah ada pelbagai fungsi yang memang ‘ohsem’.

Selain fungsi-fungsi macam kira langkah, kadar rehat jantung, pergerakan, ada fitness tracker yang mampu bagi maklumat pasal kualiti tidur kita.

Macam contoh, Fitbit Charge 3 ni.

Untuk itu, Fitbit mengeluarkan sebuah fitness tracker terbaru iaitu Fitbit Charge 3 yang mana ia boleh dikatakan fitness tracker paling advance dalam pasaran sekarang. Kita bercakap pasal fitness tracker ye, bukan smartwatch. Kadang kala ada diantara kita terkeliru antara kedua-dua ini.

Sebab kenapa korang kena dapatkan Fitbit Charge 3 sebagai hadiah untuk pasangan ialah.... 

Fitness Tracker ini mampu berada dibawah permukaan air sehingga kedalaman 50 meter. Jadi, nak bawak berenang, berlari dalam hujan memang tiada masalah.

  • Display Yang Besar

Saiznya adalah 40% lebih besar daripada model terdahulu dengan permukaan display yang aktif.

  • Cardio fitness level

Kadang-kadang, kita tak tahu tahap kecergasan kita. Melainkan kita pergi hospital dan lakukan pemeriksaan. Tapi dengan Fitbit Charge 3, setiap kali kita melakukan aktiviti, dia akan menggunakan kadar degupan jantung untuk memberikan maklumat awal berkenaan kecekapan jantung kita buat kerja dan menyebarkan oksigen ke seluruh badan. 

Kalau pasangan korang jenis aktif, elok sangat dapatkan satu fitness tracker ni. Boleh dipakai waktu main bola, zumba dan macam-macam lagi. 

  • Kadar Denyutan Waktu Rehat

Rest Heart Rate - senang cerita ia kesan kecekapan jantung kita sewaktu rehat, dalam erti kata lain waktu tidur. Sebab waktu tidur, jantung kita betul-betul dalam keadaan rehat. 

Jadi, lepas bangun tidur nanti, kita boleh tengok kadar dia rendah atau tinggi. Kalau rendah, ia bermaksud jantung kita berfungsi dengan baik untuk mengepam darah ke seluruh badan. 

  • PurePulse heart-rate tracking

Kita mulakan dengan kadar denyutan jantung, ia dipertingkatkan kepada SP02 selain ditambah dengan ‘real-time’ tracking untuk setiap senaman atau aktiviti jika dah sampai target. Apa yang menarik, dengan PurePulse ni, dia akan detect kadar degupan jantung setiap saat kalau melakukan senaman dan setiap 10 saat pada waktu rehat. 

Ini maksudnya, bacaan dia lagi detail dan tepat kalau nak bandingkan dengan fitness tracker kat luar sana. 

dan yang terpenting antara yang penting adalah dia ada....

  • Pengesanan Kesihatan Wanita

Ini adalah salah satu fungsi yang pada kami sangat bagus dan khas untuk wanita adalahFemale Health Tracker.​

Untuk fungsi ini, golongan wanita boleh mengetahui kitaran haid mereka menerusi data yang dimasukkan. Secara tidak langsung, para wanita dapat memahami lebih lanjut tentang kitaran haid mereka dan seterusnya kesihatan mereka secara fizikal dan mental.

 Fitbit Charge 3 dijual pada RM 728.00 untuk model biasa dan RM 838.00 untuk special edition.

Untuk maklumat lengkap tentang harga dan spesifikasi tentang Fitbit Charge 3, boleh dapatkan di : www.fitbit.com/my/charge3

atau boleh ke Facebook rasmi Fitbit di :