5 Jenis Tanaman Yang Membantu Untuk Tidur Lebih Lena

GAYA HIDUP
November 16, 2017 - 12:33 PM


Musim hujan ni, selain daripada ancaman banjir kalau korang perasan, nyamuk pun akan jadi banyak. Bukan sebab apa, nyamuk ni macam kita tahu, dia akan membiak di kawasan takungan air. Jadi, cuba periksa kawasan sekitar rumah anda dan keringkan dan bersihkan takungan air yang ada secara tak sengaja ni.

Walauoun kecil, nyamuk ni dia membawa banyak penyakit berbahaya macam demam denggi, malaria dan zika. Setakat November 2017, negara kita dah memcatatkan hampir 72 ribu kes denggi yang membawa kepada 162 kematian!

Tapi, tahukah anda kalau kita simpan beberapa jenis tumbuhan, kita mampu melindungi keluarga atau diri sendiri daripada ancaman nyamuk?

Menurut kajian, anda perlu simpan 5 jenis tumbuhan ini untuk mengurangkan gangguan nyamuk dan secara tak langsung dapat membantu tidur lebih nyenyak.

 

# 1. Lavender

Selain daripada aroma yang menenangkan serta dapat kurangkan stress, sebenarnya bau Lavender dipercayai boleh menganggu deria bau nyamuk. Nyamuk sebenarnya bergantung kepada deria baunya untuk mencari magsa. Jadi bila deria dia dah terganggu, tak dapatlah dia nak kacau tidur kita.

 

# 2. Catnip

Tumbuhan jenis herba ini daripada keluarga Mint dan sebenarnya pokok ini amat disukai oleh kucing. Kucing akan menyapu, menjilat dan menghidu pokok catnip ini. Tetapi, lepas itu mereka akan menjadi khayal kerana pokok ini memberikan kesan halusinasi kepada mereka.

Selain pada itu, tumbuhan ini boleh menghalau nyamuk dengan berkesan. Menurut kajian oleh Universiti Iowa, pokok ini 10 kali lebih berkesan daripada bahan kimia yang digunakan dalam racun serangga.

 

# 3. Basil

Selama ini, kita tahu Basil hanya guna untuk letak dalam kuah Spegheti je. Sebenarnya tumbuhan herba ini sangat beraromatik.

Pokok Basil ini selalunya ditanam dekat dengan sumber air dan mempunyai kemampuan untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan juga lalat.

Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2009 oleh Deemed University mendapati minyak yang ada pada basil ini adalah toksik kepada jejentik.

 

#4. Bunga Marigold

Bunga Marigold atau popular di negara kita dengan nama bunga tahi ayam kerana baunya yang tak berapa nak best. Tapi, sebenarnya bau inilah yang menghalau nyamuk serta serangga-serangga lain.

 

#5. Rosemary

Rosemary ni adalah sejenis tumbuhan herba jugak. Dia dari kawasan Mediterranean. Yang menariknya, tumbuhan ini juga boleh hidup di iklim negara kita. Dengan syarat, saliran air yang baik.

Selain boleh digunakan untuk masakan, sebenarnya rosemary ini ada banyak khasiat yang baik seperti antikulat, antioksida dan antitumor. Malah, New York Botanical garden juga ada menyarankan pengunaan rosemary ini untuk menghalau nyamuk dan serangga.

 

#Ekstra : Masa solotrip admin ke tempat buat kopi Ceking Sari di Bali haritu, ada diorang bagi test minum sejenis teh yang dicampur dengan madu dan serai. Kesannya, nyamuk takkan gigit. Memang berkesan! Seharian tak kena gigit nyamuk... 

 

Sumber : RojakDaily